Nampaknya aku kena beli seterika baru…!

Pagi ini, bila saya hendak menhidupkan seterika (iron) untuk menggosok baju, dengan tiba-tiba sahaja iron itu meletup di plug utama yang dipasangkan di wall plug. Ada spark berlaku ketika saya menghidupkan switch di wall plug. Dan apabila saya cuba sekali lagi, wall plug mengeluarkan bunyi ‘pop’ disertai dengan spark. Baru saya ingat, pada hari semalam, hujan telah berlaku bersama dengan ribut petir. Petir inilah kemungkinan menyebabkan seterika saya rosak?

 

Nampaknya, peluang saya untuk menggunakan seterika jenis Panasonic NS600T hanya bertahan selama 4 tahun sahaja. Sudahlah harganya mahal ketika saya membelinya. Agak kecewa saya, selepas ini saya bercadang untuk membeli seterika yang baru, dan kemungkinan besar saya kena merancang semula untuk membuat wiring terhadap RCCB ( box yang di dalam rumah yang berfungsi untuk menyelamatkan perkakasan elektrik jika petir berlaku ). RCCB di rumah saya ini semacam tidak sensitif terhadap kilat agaknya. Tetapi saya bukannya kehilangan seterika sahaja, saya juga kehilangan adapter untuk modem sebab alasan yang sama.

 

Bagi kawan-kawan di luar sana, rajin-rajinlah periksa semula box yang di dalam rumah itu, kalau umurnya sudah lebih 10 tahun, sila-silalah ganti baru ya…!!! Selamat tinggal seterika Panasonic ku..!!