Kasihan Ady Putra

Berjumpa lagi di dalam blog ‘TGM’ bersama dengan saya. Untuk post pada hari ini, saya ingin menyentuh cerita sensasi yang tersebar di antara penulis blog dan juga pengamal media sosial yang lain. Isu berkaitan dengan Ady Putra, pelakon prolifik dari Singapura yang cukup hebat lakonannya sama ada di dalam atau pun di luar pentas filem.

 

Dalam beberapa hari yang lalu, tersebarlah kisah Ady Putra yang kononnya berhubungan dengan isteri orang dan bertukar-tukar gambar lucah dengan isteri orang tersebut dan kisah ini keluar dalam siaran Melodi di TV3. Apa pun sebagai seorang yang bersangka baik, adalah lagi bagus sekiranya saya menulis secara ‘menentang arus’ dengan Ady Putra serta kes yang hangat diperkatakan di medium blog dan medium sosial yang lain.

 

Bagi kes Ady Putra ini pada pendapat saya agak rumit, sebab kes ini sudah menjadi kes siasatan polis. Siapa yang membuat laporan dahulu, tidak dapat dipastikan tetapi mungkin dalam kes beliau, sebenarnya dia sudah tersalah langkah. Mungkin sebelum ini, Ady Putra mengenali orang yang dimaksudkan dan kenal mungkin atas sebab kerja atau pun peribadi. Tetapi, seperti yang pernah kita lihat dalam drama-drama tempatan, nampak gayanya sudah terkena batang hidung sendiri.

 

Dalam kes Ady, mungkin juga ada komplot dari luar yang mahu menjatuhkan nama baik Ady sendiri, hingga maruah diri sendiri hampir jatuh ke tahap maksimum. Bermaksud, komplot untuk menjahanamkan karier Ady sebagai pelakon popular. Perempuan yang dia kenali inilah sebenarnya duri dalam daging. Sama ada benar atau tidak (seperti yang diwar-warkan oleh suami pada isteri yang menjalinkan hubungan dengan Ady Putra) , nama Ady sudah pun tercemar.

 

Dalam kenyataan Ady Putra baru-baru ini selepas lama mendiamkan diri, Ady Putra menyatakan dia sedang menunggu hasil siasatan polis dan sedia bekerjasama untuk membersihkan namanya yang tercalar akibat dari cerita sensasi yang tidak benar.

 

Apa pun yang boleh saya katakan, kasihannya Ady Putra ini, sudahlah filem lakonannya (KL Gangster 2) ditayangkan lebih awal melalui CD cetak rompak, sekarang ini terpalit kontroversi dengan bini orang. Saya hanya mampu menasihatkan Ady Putra “Sabar.. Tuhan akan sentiasa bersama dengan pihak yang benar….!