Apa yang ada di Teluk Sengat ????

image

Salam hormat dan berjumpa lagi kita dalam posting saya yang seterusnya. Untuk hari ini, saya bercadang untuk berjalan-jalan sahaja. Dekat mana saya nak blogwalking hari ni? Biasanya jika saya hendak berjalan ke mana-mana, saya akan membuat ‘survey’ terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan sama ada mahu melawat ke tempat tersebut atau sebaliknya. Dan untuk hari ini, niat saya ialah hendak menuju ke sebelah timur Johor iaitu di kampung yang agak terpencil. Saya akan ke Teluk Sengat, sebuah kawasan yang nampaknya macam terpencil, tetapi kawasannya sudah agak membangun.

 

Oleh itu, mari kita singgah ke Teluk Sengat.

 

Walaupun saya ini tinggal lama di negeri Johor, tetapi saya tidak pernah sampai ke Teluk Sepat dan jika saya berkesempatan untuk ke sana, insya-Allah saya akan ke sana juga membawa keluarga berjalan-jalan ke sana. Untuk post hari ini, saya akan lebih membuat survey.

 

Untuk ke Teluk Sengat ini, jika anda dari arah Kuala Lumpur, anda mesti keluar dari Plaza Tol Senai Utara dan kena masuk ke laluan lebuhraya E22 ( Lebuhraya Senai Desaru) dan keluar ke Plaza Tol Penawar. Selepas berjumpa dengan persimpangan lampu insyarat selepas ke;uar dari plaza tol, anda kena belok ke kiri dan terpaksa menempuh laluan yang panjang untuk ke Teluk Sengat. Anda kena melalui jalan ke Sungai Mas, melalui Felda Air Tawar 5 sebelum berjumpa dengan persimpangan ke Teluk Sengat. Lebih mudah perjalanan anda jika anda mempunyai GPS, gunalah PAPAGO jika ada.

 

Teluk Sengat merupakan sebuah pekan yang kecil tetapi saya tidak mahu mengulas panjang sebab saya sendiri pun belum pernah sampai di sana. Jika saya lihat beberapa foto yang diambil dari blog yang lain, rupa-rupanya pekan Teluk Sengat hanyalah sebuah pekan yang kecil. Perikanan adalah aktiviti utama oleh kebanyakan penduduk di sini.

Gambar 1 : Antara bangunan lama yang tinggal di Teluk Sengat. Takkan ini sahaja bangunan yang ada?

 

Tempat yang menarik di Teluk Sengat seperti yang disyorkan oleh kebanyakan penulis blog yang pernah ke sini.

 

a.) Taman Buaya Teluk Sengat – Merupakan sebuah taman buaya yang kerap dikunjungi apabila berkunjung di sini. Harga tiket untuk orang dewasa ialan RM8. Banyak jenis buaya yang boleh didapati dan boleh dilihat, seperti buaya tembaga, buaya afrika dan buaya cokelat. Buaya emas? Memang tidak akan ada.

 

image

Gambar 2 : Pintu luar untuk masuk ke Taman Buaya Teluk Sengat

]

image

Gambar 3- Suasana buaya bergempilangan di salah sebuah kawasan Taman Buaya Teluk Sengat. ( Gambar ini milik http://rekoshe.blogspot.com   )

b.) Jeti Teluk Sengat -  Sebenarnya tiada apa yang istimewa pun tentang jeti ini kerana kalau anda adalah seorang kaki pancing, anda boleh memancing ikan yang bukannnya tahap laut dalam di sekitar jeti ini. Ada juga sebenarnya bagi kemudahan anda untuk memancing di sekitar rumah terapung yang berhampiran untuk memancing. Jeti Teluk Sengat ini kerap dijadikan pertandingan memancing oleh pihak penganjur yang berdekatan. Biasanya ditaja oleh orang kenamaan di sini.

 

 

Jeti Teluk Sengat

Gambar 4 – Jeti Teluk Sengat, tempat menaiki bot untuk menuju ke tempat memancing yang berhampiran

Gambar 5 – Sekumpulan kaki pancing yang sampai ke tempat memancing ( foto dari : http://sokhasands.blogspot.com )

Gambar 6 – Antara rumah terapung atau rumah rakit yang menyediakan kemudahan memancing dan masak sekali kat dalam rakit. Mahu cuba? ( gambar dari http://sweetomoide.blogspot.com )

Macam tak sabar rasanya untuk ke sana. Insya Allah saya akan ‘update’ jika saya berkesempatan untuk berkunjung dan sampai ke Teluk Sengat ini sambil makan-makan di sana, menyambil dengan makan angin.

 

Kredit gambar daripada Sinar Harian, Blog Sokhasands , Blog Sweetomoide dan Rekoshe. Lawatilah blogspot mereka juga dan terima kasih kepada anda bertiga kerana menyediakan info dan gambar kepada saya.