Harapan TGM : Harap boleh pergi lebih jauh lagi…

Salam hormat dan salam sejahtera kepada pembaca budiman.

Semalam, pasukan Malaysia bawah 23 tahun telah berjaya memenangi perlawanan terakhir mereka bagi merebut Piala Pesta Bola Merdeka edisi yang ke 41 dan ini adalah kemenangan Malaysia yang ke 10 secara kiraannya sejak pertandingan ini dimulakan pada tahun 1957.

 

Saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak buah Ong Kim Swee ini kerana bukan sahaja menang, tetapi menunjukkan mutu permainan dan semangat juan yang tinggi untuk menang sehingga berjaya membawa kemenangan 2-0 terhadap Myanmar.

 

Jika dibandingkan dengan pasukan senior kebangsaan, ternyata pasukan bawah 23 tahun ini lebih menyerlah penampilannya. Target mereka yang seterusnya ialah untuk mempertahankan gelaran pingat emas yang dimenangi pada temasya Sukan SEA di Indonesia, 2 tahun yang lalu. Malaysia mungkin akan bertemu dengan lawan yang sama seperti Myanmar ini, kebetulan pula pada tahun ini, Myanmar yang akan menjadi tuan rumah.

 

Saya berasakan sudah tiba masanya FAM berubah KPI dari hanya mempertahankan pingat emas semata-mata, kepada untuk menaikkan semula ranking pasukan Malaysia yang terus merudum, walaupun baru naik satu anak tangga ke 161. Malaysia seharusnya boleh maju lebih jauh sekiranya semangat Harimau Muda A ini diteruskan dan sekiranya mereka menjadi pemain pilihan untuk pasukan senior kebangsaan. Saya dan rakyat Malaysia yang lain tidak mahulah Malaysia hanya menang pingat emas Sukan SEA sahaja setiap 2 tahun, tetapi pasukan senior masih tidak berubah dari segi permainan, taktikal dan juga kecergasan.

 

Taktikal dan pemain yang bermain dengan pasukan senior kebangsaan sekarang ini macam sudah ketinggalan… walaupun mereka sudah lama bersama dengan K.Rajagopal. Maka, bila agaknya Malaysia boleh mencapai ranking terbaik? Paling kurang pun di tangga yang ke 120.. lagi baik dari tangga 161…

Mungkin dalam masa terdekat ini jika Ong Kim Swee ataupun jurulatih luar yang mengambil alih pengurusan pasukan kebangsaan..

 

Apa pun , Malaysia tetap boleh..