Apabila acara Miss Universe diadakan di Indonesia…

Salam hormat dan salam sejahtera kepada pembaca blog ‘The General Manager’ Rizman M.A. Untuk hari ini saya mahu mengulas sedikit tentang pertandingan Miss Universe 2013 yang bakal berlangsung di Bali, Indonesia.

 

Buat julung-julung kalinya, pertandingan Miss Universe 2013 diadakan di Asia Tenggara dengan Bali sebagai lokasi pertandingan yang memperagakan kecantikan wanita-wanita muda dari seluruh dunia dan pertandingan finalnya akan berlangsung pada 28 September ini. Apa rasionalisasinya pertandingan ini diadakan di Bali, hanya kerajaan Indonesia sahaja yang boleh menjawabnya. Mungkin alasannya ialah untuk memajukan Bali sebagai pusat perlancongan terbesar di Asia Tenggara. Dengan kos perbelanjaannya yang cukup besar, Indonesia dilihat mampu meraih pulangan yang cukup lumayan melalui pertandingan ini. Dengar cerita, kebanyakan hotel-hotel di Bali sudah penuh kerana ditempah oleh pelancong-pelancong asing.

Miss Switzerland 2012

Tetapi, ada juga yang membantah pertandingan ini. Barisan hadapan pembela Islam dan Muslimah Hizbur Tahir membantah pertandingan ini berlangsung di Indonesia, kerana ia akan menjejaskan kesucian agama Islam itu sendiri di mana Indonesia mempunyai penganut Islam yang paling ramai di Asia Tenggara. Ditambah lagi pertandingan ini hanya untuk menunjuk-nunjuk bentuk tubuh wanita dan sememangnya adalah haram di sisi Islam.

 

Bantahan demi bantahan, tetapi nampaknya kerajaan Indonesia tidak mendengar. Malah, ada suara sumbang mengatakan yang Indonesia bukanlah sebuah negara Islam, Bali pun majoriti penduduknya adalah beragama Buddha dan Hindu, maka tidak salah jika Bali yang menjadi tuan rumah. Penduduknya pun suka acara ini diadakan untuk julung-julung kalinya diadakan di Bali.

 

Indonesia bukan negara Islam? Anda bersetuju?

 

Kita berharap Bali yang menjadi sumber dan nadi perlancongan di Indonesia ini supaya tidak hancur kerana gempa bumi, dek kerana Miss Universe 2013. Khabarnya pertandingan memperagakan bikini sudah dibatalkan oleh pihak penganjur, dan diganti dengan memperagakan pakaian tradisional Indonesia.

Wallahualam.