Ukurlah pencapaian anda di bulan Ramadan

Ramadan9

Sedar tak sedar, Ramadan akan meninggalkan kita….

Bulan yang paling mulia… di mana inilah bulan yang mampu untuk kita mendapat pahala yang berlipat ganda… akan meninggalkan kita. Masih adakah Ramadan untuk diriku di tahun hadapan? Sempatkah aku untuk menyambut bulan yang penuh berkat ini seterusnya…?

Ramadan akan meninggalkan kita… Ya, jika anda seorang muslim sejati yang benar-benar menghayati Ramadan, anda akan berasa hiba untuk berpisah dengan bulan Ramadan. Sempena Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, marilah kita sama-sama bermusahabahkan diri… Tolong ingatlah apa yang kita lakukan ketika Ramadan ini berlangsung…

Adakah anda hanya sibuk berjual beli di bazar Ramadan sahaja atau pun berniaga di sebelah malam tanpa memperdulikan pahala yang terlepas begitu sahaja? Adakah anda mampu mengawal nafsu anda ketika di siang hari…? Jika tekak dan perut berpuasa, mata, mulut dan telinga anda berpuasa ke..?

Mari kita renung sejenak apa yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini, mari kita perbaiki diri ini dengan amal soleh bukan sahaja di bulan Ramadan, malah setiap hari kita mesti lakukan…