Pewaris Agong konon…?

Empayar Langkasuka Nusantara
Empayar Nusantara Langkasuka..  dalam sejarah saya tak pernah pun dengar empayar ni? Kalau kerajaan Langkasuka dahulu kala itu ada le… Tapi itu kerajaan melayu Hindu kalau tak silap aku.. bukannya melayu Islam. Nak menipu pun tak agak-agak , ada juga manusia macam ni?
Sepatutnya awal-awal lagi kerajaan sepatutnya membendung ajaran sesat yang baru hendak bercambah ini, terbaru kes ‘Empayar Nusantara Langkasuka’ ini. Kalau kumpulan ini mengatakan yang dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'.. Bukankah ini dinamakan sesat?!?

Belum habis kes Syiah, timbul pula kes macam ini.. Kenapa ini semua terjadi dan kenapa kerajaan sekarang lambat melakukan tindakan? Nak jadi macam Al Maunah ke? Baru take action? Kita nak kan keselamatan kita terjamin dan akidah kita terjaga, bukannya makin timbul benda yang bukan-bukan?

Kepada manusia yang saya anggap ‘Bastard’ dari Empayar Langkasuka ini, hentilah kerja yang tak berfaedah langsung ini.. Bukannya kau orang boleh jadi raja pun??? Akidah pun dah sesat, nak jadi raja konon…?