Perginya Chua Boon Huat meninggalkan legasi


Hampir 4 hari sebenarnya selepas Chua Boon Huat pergi selama-lamanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) sekitar 2 pagi 1 August 2013. Saya tidak perlu menulis tentang kemalangan yang menimpa mendiang kerana sudah banyak blog yang lain menulis berkenaan kejadian tersebut. Lagi pun, Chua tidak akan kembali lagi di dunia ini.

Agak pening jurulatih Paul Revington bagi menggantikan pemain midfielder prolifik negara ini. Setakat posting ini ditulis, Paul Revington masih lagi berkira-kita siapa yang perlu menggantikan tempat mendiang Chua. Chua yang terkenal dengan pukulan sudut dan penalti yang baik ketika bermain, sudah pasti akan meninggalkan legasinya yang tersendiri kepada pasukan hoki negara. Amat jarang kita jumpo pemain hoki berbangsa Cina yang masih kekal mengerahkan kudratnya kepada pasukan negara. Dialah satu-satunya pemain hoki berbangsa Cina yang ada untuk negara.

Harapan saya kepada Paul Revington dan seluruh pemain hoki kebangsaan, sila tingkatkan prestasi anda. Yang pergi tetap pergi tetapi sumbangan dan baktinya ketika bersama pasukan kebangsaan harus disematkan di dalam hati untuk berjuang berhabis-habisan untuk perlawanan yang akan datang.