Entah hape punya lawyer si Chetz tu…!

Maznah
“Entah ke hapa – hapa budak melayu sekarang, macam-macam je…. kalau nak melatih anjing pun takkan sampai ajar ambik wuduk? Aku tengok dia ni pun dah macam kategori binatang itu”, salah seorang kawan saya berbunyi apabila membaca salah sebuah akhbar tabloid tempatan, berkenaan kisah seorang wanita yang menggelarkan dirinya Chetz. Chetz dikatakan menghina Islam dengan memperlakukan anjing itu debgab berwuduk, bagi kuih raya dan pasang lagu raya M.Nasir, ‘Suatu Hari Di Hari Raya’…

Chetz telah ditahan dan kini masih dalam siasatan, pihak SKMM katanya memberi peluang kepada JAKIM untuk membimbing dan memulihkan akhlak Chetz atau nama sebenarnya Maznah ini. Tetapi peguam belanya pula sudah berbunyi… “kenyataan kerajaan yang mencadangkan wanita berkenaan dipulihkan akhlaknya sebagai perkara yang berniat jahat dan tidak berasas.”
Sebabnya Chetz belum disabitkan apa-apa kesalahan dan serangan yang berpanjangan ini tidak memberikan keadilan kepada Chetz. Hmm pulak daaa

Saya tidak mahu komen tentang kes siasatan dan perundangan, sebab mereka yang lebih mahir dalam bab ini, especially dia punya peguam… tetapi… aku macam nak ketawa rasanya…  dari segi apa peguam dia sound mengatakan bahawa kerajaan berniat jahat? Nak pulihkan akhlak pun berniat jahat juga ke? Wa ka ka ka ka ka  ka ka ka ka ka … entah hape punya lawyer..!