Jangan mengikut perasan atau rentak hati bila menulis posting

Salam sejahtera dan salam hormat kepada anda semua pembaca ‘The General Manager’!

 

“Kalau ada perkara negatif atau yang anda rasakan tidak suka kepada sesuatu perkara, jangan buat posting mengenainya”.

 

Kata-kata di atas saya petik dari sebuah artikel umum ketika saya tercari-cari rentak, selepas 4 tahun saya menyertai penulisan blog ini. Selama ini saya telah banyak membuat kesilapan. Di antara kesilapan saya selama ini ialah apabila saya menulis mengikut perasaan sehingga menimbulkan ketidak puas hatian kepada sesetengah pembaca. Ada yang terus tidak kembali membaca blog ini kerana tidak suka dengan cara saya menulis. Ialah kan, jika hati tengah marah dan ditambah lagi dengan godaan syaitan, maka posting kita pun dah macam bisikan syaitan juga

 

Pendek kata, jika anda mendapat maklumat yang tidak disukai, maka ada lebih baik kalau anda tidak menulis mengenainya. Contohnya jika anda suka mendengar cerita politik dan anda menyokong parti dacing dan anda tidak suka parti bulan terbelah. Jika anda mendapat maklumat yag negatif tentang parti dacing dan anda marah pada parti yang satu lagi, adalah lebih baik jika anda tidak menulis apa-apa pun tentang politik. Jika anda teruskan niat anda tadi, anda akan dipandang negatif.

 

Nasihat saya, anda cuba elakkan menulis perkara yang anda tidak suka. Itu sahaja. Jika anda kerap menulis perkara yang negatif sahaja, lama-lama peminat blog anda pun bosan dan akan meninggalkan blog anda buat selama-lamanya. Saya yakin anda boleh melakukannya.