Google pun ‘respect’ hari kemerdekaan Malaysia

image

Salam hormat dan salam kemerdekaan daripada saya , Rizman MA, admin untuk blog ini dan salam kemerdekaan yang ke 56 untuk anda semua. Sempena hari kemerdekaan yang disambut pada hari ini, adalah lebih baik sekiranya kita mendoakan kesejahteraan untuk semua rakyat di negara ini semoga kita hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

 

Dalam pada itu, Google telah mengubah ‘layout’ website bagi menghormati kemerdekaan Malaysia pada hari ini. Google telah meletakkan bendera Malaysia di tengah perkataan ‘Google’ itu sendiri. Betapa banggannya saya kerana Google pun menghormati kemerdekaan negara ini.

 

Untuk hari ini, sesiapa yang hendak melihat perbarisan dan siapa yang berdekatan dengan tempat di mana berlangsungnya acara perbarisan ini, eloklah anda pergi. Ada juga acara-acara lain yang akan berlangsung seperti majlis perkahwinan sahabat dan juga rumah terbuka Aidilfitri. Sesiapa yang mendapat jemputan itu, eloklah pergi sekejap di majlis-majlis yang dianjurkan.

 

Salam kemerdekaan dari saya.