Dari mana datangnya trafik blog anda?

 

 

Salam hormat dan salam sejahtera kepada para pembaca blog ini, tidak kiralah sama ada anda pembaca yang setia atau pembaca yang baru, semoga anda sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki. Agak lama saya, sebagai pihak admin blog ini tidak mengemaskini blog yang semakin hari, semakin ketinggalan sama ada dari segi trafiknya. Trafik untuk blog ini telah merudum dengan teruknya jika saya tidak melakukan apa-apa post atau mengemaskini cerita-cerita yang terbaharu.

 

Dalam memperkatakan trafik blog, pada mereka yang telahpun membuka blog sebelum ini dan yang masih baru dalam penulisan blog, pastinya anda mengharapkan blog anda dikunjungi, walaupun paling kurang pun mungkin dalam 20 atau pun 30 kunjungan. Itu pun jika adanya kunjungan. Bercerita berkenaan dengan trafik blog ini, anda mungkin terlepas pandang, siapa sebenarnya mereka yang menyumbang trafik kepada blog-blog sukaramai seperti blog Denaihati, blog Santai Ben Ashaari dan blog anda sendiri.

 

Saya ambil contoh blog Santai Ben Ashaari yang kononnya tersangatlah glamour itu, seingat saya ketika berkenalan dengan saudara Ben Ashaari, dia lebih banyak menulis berkaitan dengan informasi yang berkaitan untuk menambah trafik blog, dan Ben Ashaari juga seorang yang rajin membuat contest (pertandingan) serta segmen-segmen tertentu. Maka trafik yang menyumbang kepada blog Ben Ashaari ialah mereka yang mahu memperbaiki trafik blog melalui Ben Ashaari, selain itu Ben Ashaari mempunyai peminat-peminat setianya yang tidak jemu-jemu membaca blog beliau, walaupun kini Ben Ashaari lebih banyak menulis tentang anak dia sahaja!

 

Jika blog anda lebih banyak menulis tentang politik semasa, maka trafik yang menyumbang kepada blog anda ialah orang yang ‘stranger’ dan saya juga mengaku yang blog saya sendiri kerap dikunjungi oleh stranger person type. Orang yang stranger ini sebenarnya mahukan maklumat yang ‘segera’. Mereka tidak kisah sama ada maklumat yang dibaca itu benar atau sebaliknya, asalkan maklumat itu penting bagi mereka. Itulah mereka yang dinamakan ‘stranger’. Mereka akan memilih kata kunci yang mudah untuk mendapatkan maklumat yang senang. Dari kata kunci, (keyword), dan jika blog anda ada informasi yang mereka hendak, mereka akan berada lama di blog anda itu.

 

Kita tidak boleh menafikan selain peminat blog setia anda, ‘stranger’ juga telah memberikan trafik yang agak baik kepada blog yang anda usahakan. Berusahalah supaya anda menulis artikel yang bermutu, jika anda seorang yang suka berinformasi.

 

Bagi yang dah lama menceburi bidang blog ini, teruskan blog anda dan saya berharap semoga kita dapat berkongsi idea tentang cara untuk memperbaiki persembahan blog masing-masing.