Cara menulis sebuah blog yang terbaik!

Salam hormat dan salam sejahtera. Untuk posting kali ini, saya mahu berkongsi idea kepada anda tentang cara-cara menulis sebuah blog yang terbaik, terutamanya blog yang berbentuk artikel.

 

Bagaimana menulis sebuah blog yang bagus dan diminati ramai?

Berikut ada beberapa panduan yang saya rasakan boleh membantu anda menulis dan menyusun blog dengan cara yang dipermudahkan untuk diakses dan relevan bagi bakal peminat blog anda. Sesebuah blog yang tersusun dari segi susunan posting akan dapat menarik perhatian pembaca dan membuatkan mereka ingin membaca apa yang anda cuba sampaikan. Anda boleh menulis sebuah blog yang terbaik jika anda mengikuti tips ini:

    1.) Anda perlu mencari judul posting yang boleh menarik minat pembaca untuk terus membaca apa yang anda post atau dihantar ke blogger. Inilah perkara yang perlu dititik beratkan serta title atau judul yang boleh menarik minat pembaca untuk membaca hasil karya anda itu.

 

    2.)  Point utama atau perkara utama yang anda hendak tulis perlu diletakkan di perenggan pertama. Sebabnya kerana point ini yang dibaca dahulu oleh pembaca dan itu akan membuatkan mereka ingin terus membaca. Jangan sesekali menulis perkara yang tiada kaitan dengan judul utama.

 

    3.) Selepas itu, perincian untuk posting anda perlu diteruskan di perenggan yang kedua serta seterusnya.

 

    4.) Dan akhir sekali pada perenggan terakhir, anda boleh bermain-main dengan minda pembaca sama ada meminta mereka untuk memberikan komen pada posting anda, ataupun dengan bertanyakan soalan kepada pembaca. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk mengakhiri perenggan terakhir anda tanpa ayat yang meleret-leret

 

Gaya penulisan:-

     i.) Anda mestilah cuba untuk menulis dengan gaya yang ramah dan informal. Jika anda seorang penulis berbentuk artikel, anda tidak perlu menulis dengan gaya yang meleret-leret. Anda perlu memikirkan kehendak pembaca anda juga, apa yang mereka mahu.

 

    ii.) Cuba untuk ‘menggambarkan’ (to describe) dan bukannya untuk menceritakan.

Contohnya bila nada menulis mengenai sebuah buku, anda tidak digalakkan untuk bercakap mengenai saiz buku itu tadi sama ada tebal ataupun nipis, tetapi anda cuba untuk memberitahu pembaca kenapa anda suka pada buku itu dan apa yang anda telah pelajari dari buku tersebut.

 

  iii.) Selalu bersikap sopan, menghormati budaya dan pendapat orang lain dan anda perlu informatif

 

   iv) Cuba sekali sekala bila anda menulis, anda tanyakan kepada pembaca dan minta mereka untuk memberi komen atau respon tentang apa yang anda tuliskan dalam setiap posting..

 

Isi kandungan topik :-

Selalunya adalah lebih baik sekiranya nada menulis tentang sesuatu yang anda tahu dan pembaca perlu tahu dari menulis perkara yang tiada kaitan langsung dengan topik/judul. Anda mungkin sudah pun berkira-kira bagaimana kemampuan blog anda untuk berada di alam maya ini dengan menulis topik yang sesuai dan tidak meleret-leret ketika menulis.

Sekiranya anda seorang yang penulis blog personal anda mungkin tidak mengikut saranan-saranan di atas, tetapi lebih baik jika topik yang anda pilih berkait rapat dengan apa yang anda tuliskan di posting. Jika nada seorang penulis blog berbentuk maklumat, anda perlu mencari di blog-blog yang lain untuk mengetahui sekiranya ada maklumat yang berkaitan, sebelum anda memilih topik dan seterusnya menulis blog yang bermutu.

 

Saya harap informasi di atas berguna bagi anda, terutamanya bagi mereka yang baru hendak bermula menggunakan blog sebagai media sosial.