Server ‘Gorverment’ macam kura-kura!

image

Untuk hari ini, saya hendak komen serba sedikit berkenaan dengan sistem pelayan kerajaan.

Hari ini saya ada terpandang isteri saya yang hendak melihat gajinya melalui website kerajaan, sama ada gaji dah masuk ataupun belum.

Bila hendak klik dekat butang ‘e-penyata gaji’, ingatkan sekejap sahaja.. Rupa-rupanya nak menunggu masuk ke e-penyata ni, hampir 30 minit. Lamanya? Satu lagi yang menjadi masalah ialah hanya boleh guna ‘Internet Explorer’ sahaja. Itu pun tengok pada nasib. Kalau anda ada guna Mozilla atau pun Google Chrome, lupakan sahaja niat anda jika nak akses web-web kerajaan ni…

Berbalik pada cerita saya tadi, selepas dah masuk ke e-penyata itu tadi dan selepas login, nak kena tunggu lagi 10 ke 15 minit.

Kenapa web-web kerajaan macam ni? Kata transformasi? Tapi kalau laman web kerajaan langsung tak bertransformasi, bagaimana orang nak percaya tentang cerita kerajaan yang mengtakan mereka sedang melakukan transformasi?

Harapan saya, tolong ubah le sistem pelayan ni.. Lembab le woi!!!