Say NO to Syiah!

Sama ada kita sedar atau tidak, fahaman ajaran Syiah sudah pun mula menular ke beberapa buah negeri di Malaysia. Terbaru di Kedah, Menteri Besarnya berkata mahu melakukan sesuatu untuk membendung fahaman Syiah dairpada meluaskan kuasanya kepada orang-orang melayu yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

Sebenarnya ini cerita lama, tetapi bila hendak jadi barah, baru nak bertindak ke?

 

Beberapa negeri di Malaysia masih belum ‘mengGAZETkan’ Syiah adalah ajaran sesat lagi menyesatkan. Mereka hanya mempercayai dan mengangkat Saiyidina Ali R.A sebagai satu-satunya sahabat Rasullah dan mengkafirkan sahabat-sahabat Rasullullah yang lain seperti Saiyidina Abu Bakar R.A, Saiyidina Umar dan Saiyidina Uthman. Malah Syiah mengatakan Saiditina Aishah pernah berzina! Mereka juga mengiktiraf nikah Mutaah (nikah secara kontrak) dan jika di bulan Ramadan, mereka hanya akan berbuka bila nampak bintang-bintang di langit (kononnya yakin berbuka hanya di sebelah malam) dan tidak ada langsung sunat Terawih (sebab Syiah mengatakan ia adalah bid’ah).

 

Maka, saya mahu kerajaan tegas dalam hal ini. Jangan bila kanser dah jadi besar, baru nak menyesal dan terhegeh-hegeh nak ambil tindakan. Syiah semakin membiak, mesti dihapuskan pembiakan ini. Adakah kita mahu negara ini menjadi seperti Pakistan dan Syria kerana membunuh sesama sendiri dek kerana fahaman yang tidak sama…

 

SYIAH ADALAH SESAT LAGI MENYESATKAN! JAUHI MEREKA!