Puasa baru 1st day dah main mercun?

Tak serik-serik…! Atau pun sengaja nak cari hal?

 

Bila tibanya Ramadhan, selain Bazar Ramadhan yang sentiasa dikunjungi atau pun hotel yang menawarkan diskaun berbuka puasa, mercun pula sudah mula dicari oleh peminat-peminat tegar mercun di seluruh negara. Walaupun kerajaan kononnya menghalang tindakan bermain mercun ini, tetapi mercun tetap senang diperolehi dan ia akan menggamatkan suasana sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal yang akan menjelma sebulan dari sekarang.

Sedihnya pada malam kedua terawih, bunyi dum dum mercun juga menghangatkan suasana di taman-taman perumahan berdekatan. Saya tak tau nak menyalahkan siapa dalam hal ini. Sama ada mak bapak budak itu ke yang salah, atau anak mereka dan keturunan mereka? Nak solat terawih pun dah tak kusyuk disebabkan bunyi mercun yang berdekatan.

 

2 atau 3 hari dari sekarang, atau seminggu kemudian, maka keluarlah berita sensasi di Harian Metro, kanak-kanak hilang 2 hingga 5 jari akibat bermain mercun, atau pun buta sebelah mata, atau pun hilang jari kaki….

 

Untuk peringatan bagi diri saya sendiri, jauhilah mercun.. Pada ibu bapa pula, tolong le ajak anak tu solat terawih kan ker bagus? Dari main benda membakar duit ni?