Pablo Aimar : Siapa punya kerja ni?

image

Sebentar tadi, saya ada le melawat website Wikipedia ni, website yang kata orang, macam-macam ilmu dan maklumat yang boleh diperolehi di sini. Saya pun tergerak hati nak menaip perkataan ‘Pablo Aimar’, sebabnya dia ini ada ura-ura akan menyarung jersi Kelab Johor DT untuk musim hadapan. Maka keluarlah web Wikipedia ini seperti di atas.

 

Tetapi saya agak pelik sedikit di bahagian bawah gambar itu, masalahnya Pablo Aimar belum confirm lagi main kat Johor, tetapi ada yang gatal tangan pergi edit ‘Aimar in action with Johor DarulTakzim… Padahal gambar itu ialah perlawanannya ketika bersama Benfica FC.

 

 

image

Lebih menarik, history playing dia, 2013 dia bermain kat Kelantan…

 

Siapa punya kerja ni?