Jika nak kerja ni.. Kamu mesti buka tudung!

Saya agak tertarik dengan berita utama yang disiarkan oleh BH pada hari ini iaitu diskriminasi terhadap pekerja-pekerja muslim wanita. Ada sesetengah majikan mensyaratkan bahawa jika hendak bekerja di firma mereka, mereka jangan memakai tudung!

 

Saya amat tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh firma ini. Hendakkan perempuan melayu bekerja dengan mereka, tetapi mensyaratkan ‘jangan pakai tudung!’. Apa ertinya semua ini? Diskriminasi, Sekularisme, Plurarisme, Sex harrastment?

Sebenarnya perkara ini bukanlah benda baru. Malah sebenarnya dah lama menjadi barah di sektor swasta, terutamanya diskriminasi kepada pekerja-pekerja muslim di mana majikannya adalah kafir, atau pun yang Islam tetapi Munafiq! Mereka tidak menghormati hak-hak pekerja Muslim seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan di mana semua kaum ada hak untuk mengamalkan ajaran masing-masing. Jika tudung di persoalkan dan terlalu hina sangat, mengapa ditawarkan pekerjaan tersebut? Lebih baik mereka membuat tawaran kerja itu kepada mereka yang Non-Muslim!

 

Ada sesetengah majikan juka mensyaratkan kerja sebagai Pegawai, mestilah seksi dari segi pemakaian untuk memikat hati pelanggan. Majikan seperti ini sebenarnya mengeksploitasikan perempuan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan yang besar.

 

Perkara seperti ini amat dikesalkan kerana masih ada majikan yang sengaja berperangai macam lembu, menghina Islam dan mengeksploitasikan wanita yang mahu mencari rezeki di tempat mereka. Apa kata Kementerian Sumber Manusia? Tak kan Wait and See sahaja?