Jika anda seorang Admin Assistant….

 

Admin Assistant… Bunyi jawatan macam best aje bila disebut.

Bergantung di mana anda bekerja dan  saiz syarikat yang anda bekerja, Admin Assistant sebenarnya macam support member sahaja di beberapa Jabatan/ Department yang memerlukan tugasnya, contohnya mungkin di Jabatan Audit, Akaun atau pun Human Resource.

 

Di sesetengah syarikat, ada yang panggil Kerani / Clerk kerana nama sahaja Admin Assistant, tetapi buat kerja kerani. Bagi saya, Admin Assistant memang banyak buat kerja-kerja yang berkaitan dengan clerical jobs. Ini disebabkan banyak kerja merekod dan mengemaskini data yang perlu dilakukan dan semua ini diserahkan kepada Admin Assistant.

Macam saya katakan tadi, bergantung kepada di mana anda bekerja dan di jabatan apa anda diletakkan, task atau pun jobs anda juga bergantung kepada masa dan tempat. Contohnya jika anda bekerja di syarikat kecil dan sederhana serta anda ditempatkan di Jabatan Akaun, maka kerja anda mungkin untuk update gaji orang (Payroll), dan merekod wang keluar masuk syarikat. Selepas itu ke semua rekod tersebut mesti diserahkan kepada ketua atau pun bos besar.

 

Gaji minimum sebagai Admin Assistant pada suatu ketika dahulu ialah RM550 (lepasan SPM). Jika anda ada sijil yang tinggi sedikit atau pernah memasuki mana-mana institusi, Admin Assistant akan memperolehi gaji seminimum RM1200. Itu pun kalau majikan anda / HR tidak kedekut dalam soal bab gaji.

Tapi sekarang sebab dah gaji minimum kan? Confirm dapat RM900 kalau yang baru bermula kerja sebagai Admin Assistant

 

Satu lagi requirement dari pihak majikan ialah anda mesti mahir menggunakan perisian Word, Excel, Power Point atau jika yang lebih canggih, anda kena mahir mengguna dan menyelia SAP atau pun sistem Oracle. Kerja dalam pemfailan (buat filing terhadap dokumentasi) juga kena tip top.

 

Ada sesetengah majikan pula, selain yang di atas itu, ada yang mahukan Admin Assistant yang cun melecun untuk diambil bekerja. Tujuannya ialah untuk ‘senang hati bos’ melihat Admin Assistant yang cun.. (Inilah yang dinamakan Sex Harrasment). Ada juga yang mahukan Admin Assistant yang seksi.

Anda perlu menolak bekerja dengan majikan seperti ini jika mereka mahukan anda dalam keadaan sedemikian

 

Biasanya Admin Assistant yang diambil merupakan seorang wanita, tetapi ada juga syarikat yang mengambil lelaki sebagai Admin Assistant. Alasannya ialah senang nanti jadi mat despacth sekali, Tak perlu nak upah mat despacth. Admin Assistant kan adee….!