Genting Highland akan ada Taman Tema baru…..

Tidak lama lagi, Genting Highland akan dapat Theme Park yang baru untuk menggantikan taman tema yang sedia ada. Justeru itu, taman tema sedia ada kumpulan itu akan ditutup sepenuhnya bermula September ini bagi memberi laluan dan mempercepatkan kerja pembinaan taman tema 20th Century Fox yang pertama di dunia.

 

Yang pertama di dunia? Nampaknya sekali lagi kumpulan Genting merintis penubuhan projek Mega di Malaysia pula setelah bekerjasama dengan Universal Studio bagi Taman Tema Universial Studio di Singapura. 20th Century Fox akan menggunakan 25 hingga 30 hak harta intelek filem blockbuster keluaran 20th Century Fox seperti Ice Age, Rio, Life of Pi, Alien, Predator dan Night At The Museum.

 

Sama ada taman tema ini mampu menyaingi Universal Studio Singapore, ia akan mudah dijangka kerana di Singapore pun kumpulan Genting adalah pemegang saham yang tinggi dan melaburkan berbillion wang untuk menjenamakan Universial Studio, inikan pula 20th Century Fox. Taman tema ini dijangka akan siap pada tahun 2015. Maka, taman tema yang sedia ada mesti ditutup untuk memebri laluan kepada projek Mega ini.