Dah lama tak dengar berita NowSeeHeart!

988641_10151680287474718_247040414_n

 Kumpulan NowSeeHeart : Dari kiri, Azahari Abdul Rahman, Huzaimi Zaini, Sariman Abd Manap dan Idzhar Jumali

 

Agak lama saya tidak menyentuh tentang cerita hiburan tanahair, dan untuk posting hari ini, sama-sama kita menjengah ‘band boy’ atau kumpulan nasyid yang agak lama menyepi. Macam dah tak ada khabar berita dan adakah mereka ini sudah bersara dari dunia nasyid dan menumpukan terus pada pekerjaan masing-masing?

 

Saya pasti anda masih ingat lagi dengan kumpulan NowSeeHeart, yang popular dengan lagu ‘Damai Yang Hilang’. Lagu itu pun sebenarnya dah agak lama juga tak kedengaran lagi selepas muzik nasyid kotemporari makin perlahan di dunia hiburan tanahair. Dan kebanyakan album-album NowSeeHearth juga selepas itu kurang sambutan agaknya, itu yang nampak macam band ini ‘slow’ dan lebih ‘low profile’.

 

Apa berita terkini daripada abang-abang ‘NowSeeHeart’ ni?

 

Walaupun ‘NowSeeHeart’ tidak mempunyai laman web sendiri, tetapi anda masih boleh mencari mereka di laman Facebook mereka. Ahli-ahli kumpulan NowSeeHeart yang terdiri dari Idzhar Jumali, Sariman Abd Manap, Huzaimi Zaini, Azhari Abd Rahman sebenarnya masih aktif, cuma lebih banyak kerja di sebalik tabir dan kerja rutin masing-masing. Macam itu rupanya.. Ingatkan dah terus menyepi.

 

Dahulu, saya masih ingat yang ahli kumpulan ini 5 orang dan ke mana pula menghilang yang seorang lagi? Biasalah kan, ada yang sudah tidak dapat memberi komitmen, salah seorang ahli kumpulan ini iaitu Firdaus Baharuddin sudah pun meninggalkan kumpulan ini tahun lepas atas masalah peribadi!

 


Gambar awal kemunculan NowSeeHeart pada tahun 1996, zaman mereka muda-muda dulu

 

Harapan saya, semoga NowSeeHeart masih aktif berdakwah melalui alunan nasyid yang dinyanyikan oleh mereka, walaupun menyanyi secara ‘part time’.