Berbelanjalah mengikut kemampuan beb!

 

Aidilfitri sudah menggamit, kata orang-orang lama. Kalaulah orang macam aku ni, aku akan cakap “Yeee raya nak dekat!!!” Sempena Aidilfitri yang dah dekat ni tak lama lagi, sudah menjadi kebiasaan bagi orang kita untuk berbelanja lebih atau pun menghabiskan wang ringgit anda semata-mata untuk memeriahkan Aidilfitri yang mulia ini… walaupun kita mudah lupa bulan Ramadan juga penting.

 

Apa yang anda berasakan dengan membeli itu dan ini adalah ‘wajib’ bagi memeriahkan Aidilfitri itu sendiri?

 

Ada beberapa pasangan (orang yang dah berkahwin lee) biasanya mereka akan pergi ke gedung kain untuk mencari kain, bagi dijadikan baju kurung raya. Awal lagi sebelum Ramadan, mereka dah siap beli kain sebelum mengupah tukang jahit . Ada sesetengah pasangan malas nak beli kain, mereka biasanya beli set baju kurung yang dah siap. Antara kedai paling popular seluruh negara yang menjual baju raya yang dah siap ini ialah macam di Nagoya, Hari-Hari dan tidak lupa ialah JAKEL. Ada yang beli mengikut kemampuan masing-masing, tetapi ada juga yang berlebih-lebihan membeli. Mereka siap cakap dekat saya yang mereka akan memakai baju raya serta persalinannya sekali, setiap hari… Wow.. setiap hari raya?

 

Apabila saya pergi ke gedung kain dan tekstil ini, saya jenis tidak rambang mata. Memang banyak pilihan yang ada, tetapi takkan nak beli sampai pokai kan? Di gedung yang sama, saya perhatikan ada di kalangan suami isteri akan hanya membeli baju raya untuk anak-anak mereka sahaja. Tak lebih dari tu… Tetapi ada juga yang beli baju anak sampai 3 ke 5 pasang semata-mata untuk Aidilfitri. Pada fikiran saya, mereka memang mampu membeli baju sebanyak itu, tetapi tak ke rasa membazir?

 

Kesimpulannya, bagi mereka yang berkemampuan, renung-renungkanlah sebab ramai yang tak mampu membeli baju raya sebanyak anda. Ramai fakir miskin di luar sana yang tak pernah pun nak merasa baju baru bila beraya. Bagi saya, berbelanjalah mengikut kemampuan.