Bazooka Penaka kini sudah 20 tahun!

Cover Album Wings ke 5, Bazooka Penaka pada tahun 1993

 

Sedar tak sedar, kini kita sudah pun melepasi pertengahan tahun 2013, dan sedar tak sedar kita akan menyambut Aidilfitri dalam tempoh 2 minggu ini. Sekejap sahaja masa ini berlalu pergi dan apakah persediaan anda hendak emnyhambut Aidilfitri ini? Bagaimana dengan ibadah puasa kita setakat ini?

 

Posting kali ni saya cuba hendak Flashback semula pada 20 tahun yang lalu.

Ketika itu, anda di mana ya? Kalau saya, ketika itu masih bersekolah di sekolah menengah dan sedang beria-ria nak study, sebab nak mengambil peperiksaan SPM pada tahun tersebut. Selain perkara-perkara yang saya lakukan, pada sekitar tahun tersebut, kumpulan rock popular di Malaysia ketika itu, iaitu Wings telah menerbitkan album studio mereka yang kelima, iaitu Bazooka Penaka. Saya ada membeli album ini dalam bentuk kaset, dengan harga pada masa itu ialah RM10.95. Sekarang kaset itu dah tak ada dah…!

 

Wings ketika itu dianggotai oleh Awie (vokal), Joe (gitar), Eddie (Bass) dan Jojet (Drum). Ini adalah album kedua bagi Jojet bersama Wings tetapi tidak bagi yang lain-lain di mana Awie dan Eddie sudah bersama Wings sejak 4 album yang terdahulu, manakala Joe dengan 3 album.

 

Album ini diterbitkan pada tahun di mana ahli kumpulan Wings menempuhi masa-masa yang agak sukar kerana ‘rock’ ketika itu amat dipantau oleh kerajaan kerana didakwa membawa anasir-anasir yang tidak sihat, terutama sekali anasir ANARCHY. Tetapi disangkal oleh kebanyakan peminat dan penggiat muzik rock tempatan, Tidak lama selepas itu, tahun yang sebelumnya kumpulan Wings dan Search dipotong rambut panjang kesayangan mereka oleh Menteri Penerangan ketika itu, siap ada rancangan live lagi di RTM.

 

Kita balik semula ke album Bazooka Penaka. Di antara lagu-lagu yang diminati oleh peminat tempatan ialah pada track no 2 ( Di Ambang Wati) , track no 3 ( Bernafas Dalam Lumpur) dan track no 9 (Suara Kita)

Lagu di Ambang Wati di antara yang paling popular kerana menjadi runut bunyi untuk filem Sembilu, lakonan Awie dan Erra Fazira pada tahun 1994, menjadikan Yusof Haslam tersenyum bangga, jadi One Million Dollar Man.

 

Album ke 5 Wings ini mendapat Anugerah Cakera Emas kerana jualannya melebihi 50000 salinan dan pernah tercalon untuk Anugerah Industri Muzik yang pertama kali diperkenalkan dalam tahun yang sama

 

Wings mendapat banyak undangan persembahan dan berlakon ekoran penerbitan album Bazooka Penaka dan apabila lagu-lagunya mendapat tempat di radio kendalian RTM. Tetapi setahun kemudian, Awie meninggalkan Wings untuk menumpukan pada bidang lakonan dan album solonya yang pertama.

 

Album ini diterbitkan oleh Wings dengan bantuan M.Nasir. Beberapa track di dalam lagu ini dihasilkan oleh Wings sendiri, di samping mendapat garapan daripada komposer-komposer yang lain .

 

Senarai lagu di dalam album Bazooka Penaka (1993)

 

Track Judul Lagu Lagu / Lirik Masa
1 Bazooka Penaka M.Nasir / Wings 5.39
2 Di Ambang Wati M.Nasir 5.40
3 Bernafas Dalam Lumpur Wings 5.30
4 Kuburkan Aku Razman 5.04
5 Pengabdian Ku Kekasih Wings 6.12
6 Rock’N’ Roll Band Lord 4.20
7 Amok M.Nasir 7.10
8 Satelit Puaka Joe Wings 6.55
9 Suara Kita JS Kevin 7.10
10 Tangisan Marhain Joe Wings 7.02
11 Puisi Merdeka Wings 5.39

 

Wings - Bazooka Penaka b

Cover side album Bazooka Penaka yang menyenaraikan lagu-lagu yang terdapat di dalam album.

 

Dari segi instrument dan susunan lagu, bunyi yang dihasilkan agak jauh berbeza dari album Wings yang terdahulu kerana album ini lebih berkonsepkan kepada instrumental dan eksperimental rock ‘n’ roll, walaupun Wings menyatakan di dalam akhbar-akhbar tempatan yang album ini berkonsep ‘Hard Rock’

 

Gambar Wings di dalam album. Bazooka Penaka adalah album terakhir Awie bersama Wings, sebelum menyertainya semula 10 tahun kemudian