Ambil Iktibar dari kes Nawal Iris Samsudin

Mukaddimah untuk posting kali ini. Al-Fatihah untuk adik Nawal Iris Samsudin (3 tahun) yang maut di dalam kereta ibunya pada hari Jumaat yang lalu. Ini sudah ditakdirkan dan bagi saya, tiada siapa yang harus dipersalahkan dan tidak perlu saya mengulas siapa yang salah dalam kejadian ini kerana masih dalam siasatan.

Jadi bagi kita, tidak perlu nak kata atau nak menyalahkan ibunya 100% dalam kejadian ini. Dan jika anda membaca di media-media sosial, hampir semuanya menyalahkan ibunya yang sibuk dan tergesa-gesa sehingga lupa yang anaknya masih di dalam kereta. Tetapi bagi saya, kita tak perlu nak menyalahkan sesiapa termasuk ibunya, kerana sekarang keluarganya sedang bersedih.

Saya berasakan yang kes kejadian ‘tertinggal anak’ atau ‘terlupa’ yang anaknya masih di dalam kereta bukanlah kejadian yang pertama. Sudah banyak kali sebenarnya kes ini yang akhirnya ‘kematian’ yang menimpa mangsa. Sikap ‘terlupa’, semua manusia tidak akan lari dari sikap ‘terlupa’ ini. Oleh itu bagaimana untuk para ibu bapa memastikan yang kejadian seperti ini tidak akan berulang terhadap kanak-kanak yang lain atau kepada anak kita sendiri?

 

Terutamanya untuk ibu-ibu, anda harus memastikan di mana kedudukan anak anda ketika menghidupkan enjin kereta, kerana mungkin anak anda dah masuk ke dalam kereta, cuma anda tidak sedar anak anda ‘ada’ di dalam kereta.

Begitu juga jika anda sudah sampai di destinasi, pastikan lagi sekali sekiranya adanya anak anda di dalam kereta. Jika sudah pasti yang anak anda memang tiada di dalam kereta, barulah anda buat kerja selanjutnya. Sebagai peringatan kepada kita semua.

 

 

Nota : Gambar sumber dari Google dan NST