Aku masih sayangkan blog ini…

Assalamualakum dan salam sejahtera kepada semua peminat blog ini dan juga yang kurang berminat, saya ucapkan terima kasih kerana sudi melawat blog ini untuk seketika.

Di dalam hati ini, kadang-kadang terdetik hati saya untuk tidak meneruskan untuk menulis blog, kiranya macam nak bersara awal. Sebabnya ialah saya semakin malas nak menulis. Kekangan kerja yang bertimbun tanpa merancang adalah punca kenapa saya jadi lembab…. Lembab dalam konteks mengemaskini cerita-cerita terkini yang saya peroleh. Jika diikutkan sebenarnya banyak benda-benda yang personal yang saya ingin kongsikan di blog ini. Tetapi saya hanya mampu merancang, Tuhan juga yang menentukannya.

Tetapi akhirnya saya terfikir balik, blog ini walaupun tak de lah seglamour blog-blog personaliti yang hebat-hebat di luar itu, kenapa tidak saya teruskan sahaja blog ini daripada dibuang oleh pihak Google?

Saya agak mengambil masa untuk memulihkan ‘semangat jari jemari ini untuk menulis dan meneruskan survival blog ini, dengan jumlah traffiknya yang tidak membanggakan, serta ada juga penulis blog (entah dari mana aku tak tau dia datang) menyarankan blog ini adalah blog sampah! (astarfirullah)…

Saya tidak ambil pusing tentang kata-kata yang menghentam blog ini kerana ini adalah lumrah manusia. Ada yang suka dan ada yang benci dengan cara kita menulis. Tetapi kadang-kadang rasa macam sakit hati la pulak…

Selepas saya memikirkan yang blog kepunyaan saya ini dah lama… (cuma masih lagi perlu dibaiki persembahannya), saya mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja blog ini, di mana saya akan lebih memberi tumpuan pada siri muzik, melancong dan mungkin juga isu-isu nasional, sebab kebanyakan orang muda macam saya ni suka pada isu-isu ini. Isu setempat mungkin saya kurangkan, sebab tak ada sambutan dari penduduk Pasir Gudang.

Saya akan teruskan perjuangan ini. Doakanlah untuk saya…!