Zaman Gengblogger sudah berlalu… Berdikarilah sendiri

Gengblogger, sebuah blog ‘entry ping’ kini hanya tinggal sejarah dan kegemilangannya tidak akan kembali. Begitulah rumusan yang boleh saya perkatakan terhadap website ‘ping entry’ yang ramah dan mesra pengguna ini.

 

Saya pun tidak terkecuali menjadi peminat Gengblogger ketika mula-mula belajar menulis blog. Setiap post atau entry terbaru saya pada masa itu, saya akan terus ping ke dalam Gengblogger. Selepas ping, kita boleh mengetahui sama ada entry kita dibaca oleh orang

atau sebaliknya. Gengblogger pada ketika itu kurang mendapat saingan dari website ‘ping entry’ yang lain. Mungkin sebab ketika itu hanya Gengblogger yang unggul dan diminati oleh penulis-penulis blog berbahasa melayu untuk membuat ‘ping’.

Tetapi apa yang berlaku pada Gengblogger selepas itu?

 

Walaupun Gengblogger semakin diminati dan popular, ianya hanya bertahan untuk seketika. Gengblogger telah diracuni! Website ini diserang oleh Malware yang dihantar oleh si pendengki yang tidak tahu dari mana identitinya. Setiap kali apabila memasuki website Gengblogger, Antivirus akan memberi amaran bahawa Gengblogger telah diracun oleh Malware. Tidak cukup dengan itu, Gengblogger kerap mengalami masalah gangguan Bandwidth yang kritikal. Kadang-kadang agak sukar untuk kita memasuki website ini kerana masalah pepijat, malware dan bandwidth.

 

Dan akhirnya, Gengblogger terus tidak wujud. Jika anda menaip alamat website gengblogger ini, ianya seolah-olah diganti dengan ping entry yang baharu (Kartikel.Com).

Mungkinkah Kartikel.Com sebenarnya pengganti kepada Gengblogger?

Gengblogger telah meninggalkan legasinya yang tersendiri. Dengan ketiadaan Gengblogger, maka semakin banyak pula blog personal yang tidak aktif di pasaran. Ada yang terus menyepi tanpa berita. Mungkin kerana mereka terlalu bergantung kepada Gengblogger sebelum ini, menyebabkan apabila Gengblogger sudah tiada, maka mood menulis pun terus tiada.

 

 

Live must move on! Tidak semestinya tiada Gengblogger, maka tiadalah seri dunia blog melayu..

Ayuh…! Bangkitlah Blog Melayu!!!!