Team Liga Super Malaysia akan malu jika LionsXII juara

Saingan Liga Super sudah hampir melabuhkan tirainya pada bulan Julai ini (sebelum bulan Ramadhan). Ada 2 perlawanan lagi yang akan dilangsungkan bagi setiap pasukan yang bertanding. Pasukan jemputan dari Singapura iaitu LionsXII masih menghuni carta di atas dengan 40 mata, meninggalkan pesaing terdekatnya iaitu Selangor dengan 36 mata dan JDT juga dengan 36 mata.

 

LionsXII seperti yang diketahui umum,

mereka suka bermain dengan disiplin yang cukup tinggi, menghiburkan, set piece yang bagus dan pertahanannya yang cukup kental. Kelebihan padang sintetik di homegrown LionsXII (Stadium Jalan Besar, Singapura) juga memainkan peranan hingga tiada pasukan pun dari Liga Super yang mampu mengalahkan LionsXII di laman sendiri untuk musim 2013.

 

Nampak gayanya, jika LionsXII yang menjadi juara Liga Super 2013, bermakna kesemua pasukan Liga Super dari Malaysia tidak mencapai standard yang diharapkan untuk mengalahkan Singa ini di padang sintetik. Jika LionsXII menjadi juara, bermakna ‘malu’ (very shy!) bagi team-team Liga Super yang lain. LionXII baru kalah 2 kali dan begitu hebat di gelanggang sendiri.

 

Saya sendiri tidak rela pasukan berstatus jemputan ini yang menjadi juara Liga Super Malaysia 2013. Di mana kehebatan Kelantan, JDT dan Selangor..? Kenapa bila berdepan dengan LionsXII di padang sintetik, senang sangat bolos? Padang sintetik itu pun sebenarnya bukan boleh dijadikan alasan sebab di Malaysia pun ada padang sintetik.

 

Adakah LionsXII akan menjadi juara Liga Super 2013? Kita saksikan dan team Liga Super yang lain akan berasa malu jika LionsXII menjadi juara Liga Super. Ayuh! Bangkitlah Selangor! Bangkitlah JDT! Kelantan mesti kalahkan LionsXII di Kota Bharu….