Semoga Daiyan Trisha lebih berjaya

Saya hanya mengenali Daiyan Trisha selepas menonton video klip ‘Popstar’ yang kerap disiarkan di Astro Ceria. Kebetulan pada masa ini, rancangna Popstar (Rancangan Pencarian Bakat untuk Kanak-kanak dan Remaja Sekolah) masih lagi bersiaran di Astro Ceria dengan menampilkan Nabil (Raja Lawak) sebagai pengacara.

Daiyan Trisha merupakan seorang lagi bakat muda dan lahir dari Youtube. Beliau merupakan seorang siswi di UiTM tetapi kerap memindahkan video rakamannya di Youtube. Jumlah tontonan orang ramai di Youtube Daiyan Trisha juga semakin bertambah.

 

Sebenarnya saya bukan hendak buat promosi kepada bakat muda ini, tetapi jika anda berminat menonton Daiyan Trisha menyanyi, boleh menontonnya di Youtube.

Semoga bintang Daiyan Trisha semakin bersinar dan menambahkan lagi rencah dunia muzik di Malaysia ini dan tidak terpalit dengan pelbagai kontroversi.

http://www.youtube.com/user/daiyantrisha

 

 

Sedikit biografi Daiyan Trisha:-

Nama: Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin

Aktiviti: Pelajar dan model, menyanyi dan berlakon sambilan.

Asal: Bangi, Selangor