Nasib Dr Khir Toyo

image

Posting terbaharu saya kali ini ialah berkisar kepada salah seorang ahli politik di Malaysia ini yang pernah menggemparkan negara kerana kes penjualan rumah banglonya yang harganya mengalahkan harga Istana. Kalau rakyat Selangor, mereka tidak akan lupa kes ini sampai bila-bila. Siapa yang tidak kenal Datuk Seri Dr Khir Toyo, mantan Menteri Besar Selangor dari tahun 2000 sehingga 2008.

Dalam blog yang ditulis oleh beliau, dia kesal kerana rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan kerana dia merasakan yang dia tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika membeli rumah tersebut dengan harga RM3.5 Juta! Berdasarkan faktanya bahawa beliau membeli rumah dengan harga pasaran. Khir Toyo juga dikatakan tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Shamsudin Haryoni

(saksi kedua pendakwaan yang menjual rumah tersebut ) berbanding syarikat-syarikat lain yang melakukan usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Ketika itu, Dr Khir adalah Pengerusi PKNS kerana kapabiliti beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Tetapi Mahkamah Rayuan menolak permohonan kes Dr Khir Toyo ini dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengeluarkan kenyataan media kepada umum, disebabkan Dr Khir Toyo seperti ‘mempertikaikan’ keputusan mahkamah melalui penulisan blog.

Di antara kandungan kenyataan media Tan Sri Abdul Gani :-

1.) Pernyataan Khir Toyo ini menghampiri batasan menghina mahkamah dan tidak menghormati barisan peguamnya sendiri. Para Hakim dengan bijaksana telah mengupas isu ini dengan panjang lebar dan teliti dalam penghakiman yang dikemukakan pada hari keputusan.

 

 

2.) Tertuduh mempersoalkan bahawa tidak wajar bagi beliau membeli rumah tersebut dengan harga RM6.5 juta kerana keadaan rumah yang separuh siap pada masa itu. Namun, beliau tidak pula memikirkan ketidakwajaran Shamsuddin untuk menjual rumah tersebut dengan harga RM3.5 juta sedangkan Shamsuddin telah membelanjakan hampir RM7 juta iaitu harga belian dan kos untuk mengubah suai rumahnya.

 

Shamsuddin pada masa itu adalah seorang yang tidak menghadapi masalah kewangan. Oleh itu, mengapa beliau harus terdesak untuk menjual hartanah tersebut dengan harga jauh lebih murah berbanding wang yang telah dibelanjakan?

 

 

Dua fakta ini bagi saya berjaya menyanggah Dr Khir Toyo kerana tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, malah beliau boleh dianggap sebagai menghina Mahkamah.

 

Kenyataan Tan Sri Abdul Patail terhadap persoalan Khir Toyo dalam keputusan Mahkamah Rayuan boleh dilihat di sini. (Klik pada link ini : http://www.agc.gov.my/pdf/Latest%20Info/press/PRESS%20RELEASE%20-%20KHIR%20TOYO.pdf )