Melissa Gooi bakal direman?

Bilakah Melissa Gooi akan menyerah diri kepada polis?

Nama beliau tiba-tiba menjadi sebutan dan menjadi TOP 5 di media-media soSIAL tak pun di arus perdana, dek kerana laman facebooknya mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

 

Kerana kebodohan si Melissa Gooi ini, hidupnya semakin tidak tenang. Sebenarnya nak cari dia ni pun bukannya susah sangat.. cari je kat tempat dia bekerja..  Kalau dia tak datang kerja beberapa hari ni pun, polis tetap masih boleh mencari dan terus mencari… Khabarnya facebook beliau sudah tidak dapat dikesan…!

 

Bagi saya, ni semua kerana berpunca daripada segelintir rakyat Malaysia yang masih tak paham konsep RUKUNEGARA… Rukun Negara kedua ‘Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara’ macam langsung tak difahami oleh Melissa Gooi dan kawan-kawannya. Inilah akibat kalau tak berfikir panjang dan terlalu taksub pada politik, tetapi bila tulis kat facebook, tulis yang bukan-bukan sampai boleh menggugat ketenteraman awam dan diri sendiri.

 

Ini adalah pengajaran untuk kita semua……