Jika anda pilih kerjaya sebagai Jurutera Proses (Manufacturing)

Pada posting hari ini, saya mahu menulis tentang kerjaya serta jobscope seorang Jurutera / Pembantu Jurutera dalam konteks pengeluaran atau pembuatan (Manufacturing). Berdasarkan pengalaman saya yang lepas bekerja sebagai Penyelia Kualiti di sebuah kilang yang tersohorlah kononnya di Singapura dan Malaysia suatu ketika dahulu.

 

Untuk kerjaya kali ini, saya memilih Jurutera (selepas ini saya tulis ‘Engineer’)  dalam bidang proses pengeluaran. Jika anda berada di bidang ini, anda akan tahu betapa susah atau senangnya kerjaya sebagai Process Engineer. Sebenarnya ia bergantung kepada syarikat mana yang anda bekerja. Jika anda bekerja di bidang pembinaan, Process Engineer

di bidang ini sudah tidak sama dengan bidang Manufacturing atau Oil & Gas. Biasanya Process Engineer ini banyak digunakan dalam bidang Manufacturing (Perkilangan) . Dan bergantung apa produk yang dikeluarkan, jobscope (pengkhususan) juga adalah berlainan.

 

Katakan jika kilang tersebut mengeluarkan sabun, maka Process Engineer terlibat kena mahir dalam proses atau ‘flow’ cara mengeluarkan sabun dari bahan asas hingga ke bahagian pembungkusan. Dari mula sampai akhir pengeluaran, dia kena tahu macam mana sabun  itu dihasilkan. Jika Process Engineer itu bekerja di kilang sabun, paling asas (basic), dia mestilah “MASTER” dalam bidang kimia… Jika dia MASTER dekat Mechanical, biasanya pun dia boleh menjalankan kerja sebagai Process Engineer, tetapi tidak lengkap sekiranya dia tidak mahir dalam bidang chemical.

Kenapa Process Engineer kena tahu proses dari awal hingga ke akhirnya? Di antara sebabnya ialah :-

 

a.) Jika ada sesuatu masalah yang berkait rapat dengan kegagalan mutu sesuatu produk (REJECT PRODUCT) ketika proses berlangsung, maka kerja Process Engineer ini ialah untuk cuba buat ‘Troubleshoot’ pada proses terbabit dan dari situ dia boleh tahu kenapa proses sabun itu penyebab kepada ‘REJECT’ pada sabun tersebut.

 

b.) Sebagai contoh… Reject sabun itu ialah warnanya yang tidak sama dengan ‘Approval Sample’ (Sampel Sah)… Kononnya hendak warna hijau tua… tetapi yang keluar ialah hijau muda… Maka sabun yang hijau muda ini sudah dianggap “REJECT’. Maka kerja Process Engineer (mungkin akan bersama dengan Fasiliti Engineer) akan pergi elihat pada proses sebenar pewarnaan sabun itu tadi dan dari sini, Process Engineer akan membuat tindakan pembetulan dengan sokongan dari pihak Penyelia Pengeluaran.

c.) Jika sabun yang baru hendak dikeluarkan oleh pihak pengilang, maka kerja Process Engineer ini akan bertambah rumit. Dia bersama-sama dengan pihak R&D / Department Engineering kena buat ‘test run’ dahulu sebelum sabun yang baru terbentuk

 

d.) Satu lagi kerja Process Engineer ialah kena menjawab ‘CAR’ (Corrective Action Report) jika masalah yang dihadapi oleh sabun itu berpunca daripada proses yang salah. CAR dikeluarkan oleh pihak QA kilang sabun tadi.

 

Sebenarnya saya sengaja memilih sabun sebagai produk perkilangan.. bagi memudahkan pemahaman. Jika saya menulis berkaitan dengan proses manufacturing yang lebik kompleks, saya akan bengang kerana orang tidak faham apa yang saya cuba sampaikan…

 

Saya juga ada menyelami kerjaya Process Engineer yang lain dalam beberapa sektor pekerjaan yang lain dan saya akan menulis tentang kelebihan kerjaya ini jika ada kesempatan.