Jika bekerja dalam kumpulan.. Jangan jadi ‘Lone Ranger!’

size0

Di mana-mana pun di tempat kerja, sama ada di tempat saya bekerja sekarang, atau pun di tempat kerja anda, saya pasti kebanyakan majikan suka meletakkan kerja berkumpulan untuk menyiapkan task yang perlu disudahkan. Tidak kira sama ada anda jadi maintenance kru, R&D kru, Chef kru atau pun guru sekolah, anda pasti akan dapat task yang memerlukan kerja berkumpulan.

 

Biasanya kalau dah nama pun kerja berkumpulan, mesti ada ketua yang dilantik untuk menyelia dan mengendalikan task dan anak-anak buahnya. Anak-anak buahnya pula akan diberi tugasan tertentu bagi memastikan projek yang sedang berjalan itu akan berjaya tanpa sebarang masalah.

 

Apa yang saya hendak tuliskan di sini ialah

kerja berkumpulan itu sendiri. Kalau nama pun kerja berkumpulan, maka anda seharusnya bekerja sebagai sebuah pasukan. Jika pasukan mempunyai ahli yang tidak aktif dan suka buat hal sendiri, maka pasukan itu tempang dan confirm ketua pasukan akan dimarahi boss. Ada sesetengah ketua kumpulan ada yang tidak mampu memberi arahan kepada orang yang di bawah, sebabnya orang di bawah berasa dirinya lebih hebat dan tidak perlu bekerjasama dengan ketuanya. Ada juga yang rasanya boleh buat sendiri tanpa merujuk dahulu kepada ketua kumpulan.

 

Dan akhirnya, diri sendiri terbeban kerana akibat nak jadi hebat sangat. Ketua juga yang jadi mangsa.

 

Di sini, sebagai seorang ketua kumpulan, dia sepatutnya membuat tracking status terhadap ke semua anak buahnya supaya membuat laporan kepadanya. Jika tidak, nanti sendiri pun tidak tahu apa perjalanan sesuatu projek yang dikendalikan oleh orang bawahan. Akhirnya nanti ketua sendiri yang terpaksa turun padang sebab anak buah dah tak guna disuruh dan buatlah kerja sorang-sorang wahai tok ketua..!

 

Yang anak buah (atau orang bawahan) pun  tak boleh menyombong diri. Rujuklah kepada ketua setiap kali ada permasalahan kepada setiap projek yang hendak dilaksanakan. Biar ketua tahu sebab nanti bos besar bukannya tanya kamu, tetapi bos akan bertanya kepada ketua kumpulan tentang progresnya. Jika tidak berbuat begitu, anda berasa diri anda pun buat kerja sorang-sorang.

 

Moral of the story. Janganlah jadi Lone Ranger! Tak bagus tu..!