Jika anda adalah seorang operator kilang.

Operator pengeluaran (Production Operator) adalah ‘nadi’ kepada sektor pembuatan. Tanpa mereka, sesuatu produk tidak akan dapat dijalankan atau dikelaurkan oleh hasil kerja tangan yang dicurahkan oleh mereka, dengan upah yang dianggap selayaknya di terima oleh seseorang yang bergelar operator pengeluaran.

 

Apakah cabaran yang harus ditempuhi oleh mereka yang menjadi Operator Pengeluaran ini walaupun kita nampak kerja mereka macam senang?

a.) Operator pengeluaran akan dibayar upah yang agak sedikit, walaupun kerjanya banyak. Di Malaysia, upah pekerja yang menjadi operator pengeluaran dibayar dengan minimum RM900. Sebenarnya RM900 itu tidak cukup bagi operator pengeluaran yang mempunyai tanggungan yang banyak.

 

b.) Dibebani dengan tugas yang sama sahaja. Jika kerjanya pasang skru.. Maka selamanya kerja dia akan pasang skru. Kalau dapat peluang bertukar proses atau bertukar pemasangan, dia akan membuat kerja yang berkaitan dengan pemasangan sahaja.

 

c.) Akan sentiasa dimarahi oleh supervisor atau line leader jika operator tersebut buat ‘reject’ atau buat kerja lambat.

 

d.) Jika dalam satu barisan tersebut hanya mempunyai 4 orang workforce, operator yang berada di kalangan mereka jarang-jarang dapat bercuti atau ambil cuti tahun. Lebih malang lagi kalau output production mendadak permintaan dari segi kuantiti. Maka agak sukar hendak mendapatkan cuti. Mesti supervisor tak akan bagi mereka bercuti sebab output production pun penting dan mesti diberi keutamaan.

 

e.) Operator pengeluaran ini agak sukar dapat ke tandas. Kena ada orang yang dapat menggantikan tempatnya terlebih dahulu ( biasanya line leader yang kena ganti) sebelum dapat ke tandas.

 

f.) Operator pengeluaran ‘diwajibkan’ untuk ambil kerja lebih masa apabila output pengeluaran (demand) yang tinggi dari pihak pelanggan..

 

Sebenarnya cabaran menjadi operator pengeluaran ini ada lebih dari apa yang saya catatkan di sini. Siapa yang pernah menjadi operator pengeluaran (termasuklah saya) mungkin lebih faham tentang cabaran-cabaran yang anda pernah hadapi.

 

Walau bagaimana pun, saya amat berharap kepada pihak pengurusan kilang (mana-mana kilang sekali pun di Malaysia ini…!), hargailah operator anda. Jangan sia-siakan mereka….!