JDT vs TRW–Siapa yang lebih hebat?

Hari ini merupakan hari bola. Perlawanan akhir Piala FA bagi tahun ini menemukan Juara bertahan, Kelantan menentang pasukan yang baru dibentuk selepas PBNJ mengambil alih Johor FC, iaitu team Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

 

Berita semalam masih lagi cerita pasal penyokong-penyokong yang berasak-asak semata-mata untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir ini. Ulat-ulat tiket mengambil peluang ini untuk membeli tiket secara borong dan menjualnya semula dengan harga yang dah tak masuk akal. Ulat tiket masih lagi membelenggu bolasepak tempatan.

 

Saya tidak mahu menulis dengan lebih lanjut tentang ulat-ulat tiket ini. Biarlah pihak yang berkenaan sahaja yang menguruskannya. Walau bagaimana pun, di atas kertas saya lihat Kelantan yang lebih berpeluang untuk menang, bersandarkan kepada pengalaman dan reputasi mereka

sebagai bekas juara pada musim lepas. JDT agak tidak bernasib baik kerana kemungkinan besar mereka tidak akan dapat menurunkan pemain-pemain harapan disebabkan injury dan suspended ( cedera dan digantung perlawanan ). Tetapi JDT masih berpeluang menjadi juara Piala FA untuk kali pertama selepas kali terakhir pasukan Johor FA melakukannya pada tahun 1998.

 

Harapan saya, perlawanan kali ini biarlah bersih daripada referee yang sengal, dan juga pemain yang tidak dapat mengawal emosi ketika berada di padang. Semangat kesukanan semestinya mesti dikekalkan.

 

Bagi saya, JOHOR DARUL TAKZIM sentiasa di hati…. Yeahhh…!