Bekerja di kilang tidak semudah yang disangka….



Siapa kata kerja di kilang itu adalah senang?
Saya sendiri bermula di bidang ini dengan masuk di alam kilang sejak sekian lama. Pada mulanya saya tidak mahu masuk ke kilang selepas tamat pengajian. Tetapi saya tidak mempunyai banyak pilihan ketika itu. Ya!.. Memang akhirnya saya ‘join’ manufacturing kerana tidak mendapat tempat di bidang korporat dan syarikat multinasional yang lain.

Saya tidak akan menulis berkaitan dengan pengalaman kerja atau apa yang saya lakukan sekarang. Tetapi saya hendak ‘membuka mata’ kepada mereka yang merasakan kerja kilang itu adalah ‘senang’.

Bekerja di kilang sebenarnya tidak semudah yang disangka. Mana-mana kerja pun ada cabarannya. Di dalam kilang ada organisasinya. Daripada jawatan ‘Pengarah Urusan’ sehinggalah jawatan operator, semuanya ada tanggungjawab masing-masing terhadap kilang tempat mereka bekerja. Jika anda adalah operator, anda bertanggungjawab untuk memastikan ‘Output’ sesuatu produk yang dikeluarkan menepati jumlah target yang hendak dicapai. Contohnya jika targetnya sehari ialah 1200, maka jumlah pengeluarannya kena 1200. Tidak boleh kurang daripada itu. Jika tidak mencapai target, operator itu akan dipaksa untuk mencapai jumlah 1200 tadi dengan apa cara sekali pun.

Dan akhirnya operator itu pin ‘tension’ sebab kena OT. (Overtimes). Ada juga yang suka ambil overtimes.

Sama seperti operator, Supervisor (Penyelia) pun kena melihat sama ada target pengeluaran mampu dicapai atau sebaliknya. Jika gagal, kena menjawab kepada pengurus production atas kegagalan mencapai target pengeluaran. Biasanya pengurus akan menyalahkan kegagalan kualiti, operator yang lembap (atau supervisor yang lembap) atau pun menyalahkan department yang lain jika produk itu gagal disebabkan faktor luaran (berpunca dari department sokongan macam Production Engineering, Part atau R&D)

Kenapa pengurus production jadi marah? Jawapannya senang sahaja. Kerja di bidang perkilangan ini mesti memenuhi kehendak pelanggannya. Pelanggan akan marah jika produk terbabit gagal dihantar tepat pada masanya. Pihak shipping pula mengamuk pada Department Production jika produk terbabit tidak mencukupi. Maklumlah, Purchase Order (P/O) sudah pun dibuka oleh pihak pelanggan. Maka mahu tidak mahu, produk mesti dihantar. Jika tidak cukup, Jabatan Penjualan (Sales Department) kena memberitahu pihak pelanggan atas kegagalan kuantiti yang akan dihantar. Selepas itu, akan terdengarlah di dalam telefon kata-kata cacian daripada pihak pelanggan sebabtidak cukup kuantiti.

Senario yang saya catatkan di atas adalah sebahagian daripada asam garam bekerja di bidang perkilangan ini. Setiap kilang, mungkin berbeza pendekatan dan permasalahnnya yang tersendiri, bergantung kepada produk apa yang mereka keluarkan.

Selepas post ini, saya merancang untuk berjalan-jalan di Hutan Bandar JB, menenangkan fikiran.