Akhirnya ‘Gomo Kelate Gomo’!

Siapa yang menang dalam perlawanan Piala FA malam tadi sudah pun terjawab. Kelantan akhirnya mempertahankan kejuaraan Piala FA yang pernah dimenangi oleh mereka pada musim yang lalu.

 

Saya menonton perlawanan tersebut melalui TV dan apa yang saya boleh katakan, walaupun permainan banyak dikuasai oleh Johor DT, tetapi ternyata Kelantan lebih berdisiplin dalam melakukan serangan. Hasilnya Kelantan berjaya menghasilkan gol pada minit ke 16.

Johor DT tidak berjaya menjulang Piala FA ini untuk buat kali pertamanya.  Pertukaran pemain-pemain ynag dilakukan di awal permainan selepas ketinggalan satu gol nyata tidak memberi apa-apa makna pun. Taktikal Fandi Ahmad masih ke laut… Dengan mengeluarkan Safee Sali, Safiq Rahim dan Adrezhinho terlalu awal ketika permainan berlangsung, nyata Johor DT masih gagal menemukan rentak dan menterjemahkannya melalui jaringan.

 

Walau macam mana pun, saya masih setia menyokong Johor DT. Harapan saya semoga Fandi Ahmad boleh mencari formula yang lain untuk mendapatkan rentak kemenangan dalam baki 2 perlawanan Liga Super nanti untuk mencabar LionsXII dari menjadi juara Liga Super 2013. Bagilah juga peluang dekat Safee Sali itu bermain dengan lebih kerap, dari jadi ‘Safee Yang Menonggeng!’ (SYM) kerana gagal menjaringkan gol.