Nokia masih laku lagi ke?

 

image

Saya agak lama tidak berkunjung ke kedai yang menjual alat-alat komunikasi ni, iaitu kedai handphone. Sebab utamanya saya agak selesa dengan peranti yang saya gunakan sekarang. Jenama apa? Kau orang faham-faham sendiri le…

Suatu ketika, ntah kenapa entah, hati saya tergerak untuk ‘menjamu mata’ melihat handphone atau alat-alat lain yang terkini yang ada dijual di sebuah kedai alat komunikasi di sekitar Johor Bahru. Memang tidak dinafikan sejak evolusi handphone menerjah pasaran di Malaysia, dah macam-macam jenama dan handphone yang telah saya gunakan, mencuba dan kini selera saya berubah pada jenama dari Korea Selatan. Jenama apa itu kau orang faham2 le sendiri.

Ketika melihat beberapa siri model yang dipamerkan untuk jenama Korea Selatan tu, saya terpandang sebuah model lain dari brand NOKIA turut dipamerkan dan menjadi perhatian oleh beberapa orang pelanggan, tetapi tidaklah seramai pelanggan yang melihat jenama SAMSUNG tu. Walaupun dari segi rekabentuk dan penggunaan function yang sama (kecuali OS yang berlainan), orang tetap kurang memandang NOKIA, sebaliknya ialah SAMSUNG atau APPLE I-PHONE 5 yang menjadi perhatian ramai. Nampaknya, setting minda orang Malaysia lebih menyanjungi SAMSUNG daripada jenama yang lain. NOKIA nampaknya semakin terpinggir, belum lagi kalau cakap model buatan Amerika, tak pun brandcap ayam dari China.

Handphone terpakai yang ada dijual di kedai tadi pun lebih banyak jenama NOKIA dan SAMSUNG juga, itupun model ntah zaman bila agaknya. NOKIA yang kalau baling anjing pun mati masih ada dijual di kedai yang saya kunjungi tersebut.

 

Agaknya kau orang nak beli tak handphone 2nd hand NOKIA ni? Nostalgia ni.., antik pun ye juga…!

Terus terang saya cakaplah, jenama handphone yang saya beli ialah NOKIA 3310 keluaran tahun 1999. Harganya masa tu…? Mahal wooo… dekat RM650 ke RM900 masa mula-mula di pasaran, tetapi NOKIA terlalu cepat mengeluarkan siri baru, sampai harganya jatuh gedebuk dan paling akhir harganya jatuh jadi RM90 je… Punya le jauh beza…

Soalannya kini ialah, adakah NOKIA masih mempunyai peminatnya atau hanya laku di Eropah? Saya mungkin akan menulis pada post yang seterusnya tentang nostalgia saya dengan NOKIA ni.., betul-betul nostalgia bagi mereka yang pernah menggunakan NOKIA.