Kekecohan di Darul Makmur : Siapa yang harus dipersalahkan?

image
Skrip di Stadium Tan Sri Hassan Yunus berulang semula di Stadium Darul Makmur. Lebih teruk lagi, perlawanan separuh akhir Piala FA di antara tuan rumah (Pahang) dan Johor DT telah ditunda kepada suatu tarikh yang akan diberitahu oleh pihak FAM. Jumlah penyokong yang terlalu ramai, melebihi kapasiti stadium itu sendiri dikatakan menjadi punca kepada kejadian in sampai ratusan penyokong Pahang berada di kawasan trek.  Diburukkan lagi apabila balingan objek dari luar stadium menghujani penyokong-penyokong Johor DT sampai ada menerima luka dan lebam akibat terkena balingan objek tadi.

Dalam kes ni, nak salahkan siapa sampai keadaan tidak boleh dikawal dan akhirnya ramai penyokong-penyokong menggigit jaro kerana perlawanan dah cancel!

a.) Ulat-ulat tiket yang menjual tiket dengan harga yang mahal dari harga sebenar… tetapi masih laku…
b.) Penjualan tiket-tiket palsu oleh ulat-ulat tiket tadi, itu yang menyebabkan limpahan penyokong di stadium.
c.) Pemeriksaan longgar terhadap tiket-tiket yang dibeli tadi sebelum masuk ke stadium. Orang menjaga pintu masuk bagi  main masuk jee… tak payah koyakkan tiket… Maknanya, orang yang menjaga pintu hadapan (yang bagi penyokong main masuk jee…) .nampak sangat tak bekerja… tak pun makan duit haram!
d.) Pihak perbadanan stadium dan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang yang langsung tidak sensitif tentang pemeriksaan keselamatan dan tiket yang dibeli oleh penyokong ketika pemeriksaan di pintu masuk utama.

Perlawanan ditunda akibat gelagat penyokong kedua-dua pasukan, pihak perbadanan stadium yang gagal mengesan penjualan tiket palsu dan balingan  objek dari luar ke arah penyokong Johor DT inilah yang akan
menjadi titik hitam kepada liga bolasepak tempatan kita. Memang kita perlukan perubahan, tetapi apalah gunanya jika pihak pengurusan persatuan bolasepak negeri dan FAM sendiri gagal melihat perkara yang basic?

Harap selepas ini tak ada lagi kejadian seumpama ini berlaku kerana jika ada lagi lepas ni, konfirm aku akan kutuk FAM habis-habisan….!