Gambar–gambar Fatin Liyana dieksploitasi?

Bagi melariskan sesuatu produk, kononnya ada sebuah ebooks ni telah menggunakan gambar seorang penulis blog yang glamour ini (Fatin Liyana) bagi tujuan eksploitasi bagi melariskan jualan ebooks tersebut. Saya tidak dapat memastikan sama ada benar atau pun tidak, gambar Fatin Liyana ini adalah untuk ebooks seks!

Jadi jika benar dakwaan ini, maka sebenarnya saya tidak bersetuju dengan cara mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Mengapa dan kenapa? Adakah disebabkan mata Fatin Liyana yang seksi atau godaan bibirnya menjadi penyebab gambar Fatin Liyana dieksploitasi?

Ebooks yang menggunakan judul ‘Rahsia Makam Yang Lima’ yang hanya sesuai untuk bacaan dewasa sahaja , tidak mungkin mendapat kebenaran dari Fatin Liyana untuk menggunakan wajah atau mana-mana bahagian bentuk badannya untuk dieksploitasi, maka wajarlah Fatin Liyana, jika ada terbaca entri aku ni harap banyakkan bersabar dan segera mengambil tindakan yang sepatutnya bagi membersihkan nama yang dah habis punah, disebabkan tindakan segelintir orang yang mahu mencari untung mudah.