FAM nak buat lawak, nak jadi tuan rumah Piala Dunia 2034?

Nak jadi tuan rumah Piala Dunia? Adakah Malaysia atau negara ASEAN yang lain mampu melakukannya? Adakah Malaysia atau ASEAN dapat hak penganjurannya?

Setakat post ini ditulis, hanya Malaysia yang beria-ria sangat bercadang untuk membida hak penganjuran Piala Dunia 2034 ni, dan bagi negara ASEAN yang lain, nampaknya masih belum nak  berbunyi kata nak jadi tuan rumah bersama…!

Peliknya idea orang kuat FAM ni disambut baik oleh si KJ, Menteri Belia dan Sukan yang baru.

Saya bukannya nak pertikaikan idea untuk cuba membida hak penganjuran Piala Dunia ni yang confirm akan diberi kepada negara-negara dari Asia, tapi kita tengok sendiri le apa nak jadi dengan bolasepak Malaysia ni…

Rata-rata kebanyakan negara ASEAN pun, rangking mereka berada paling bagus pun kat 132 (Vietnam), Malaysia pun baru je merasa naik 2 rangking (ke 161). Setakat ini Qatar yang akan menganjurkan Piala Dunia pada tahun 2022 berada pada ranking 101. Maka jika Malaysia atau negara ASEAN yang mahu menganjurkan Piala Dunia bersama, perlu setara rangkingnya macam Qatar. Kalau setakat 161 je.., saya boleh cakap yang management FAM hanya bermimpi di siang hari.

Kalau cita-cita tinggi, tetapi Liga Malaysia masih macam tu juga, ditambah lagi dengan pembangunan bolasepak yang agak lembap, maka terus terang cakap le… Baik tak payah, buat malu diri sendiri je..

Memang saya akui Malaysia mampu menjadi penganjur yang terbaik, tetapi kalau pada tahun 2034 tu pasukan kebangsaan masih macam ‘Cap Ayam’ jugak… maka Malaysia akan ditertawakan..

Lebih baik FAM renung-renungkanlah sebelum berangan nak jadi tuan rumah Piala Dunia melalui jalan belakang. Malaysia tidak akan ke mana jika pegawai FAM yang ada sekarang pun macam ‘hampeh’.