Akademi Fantasia bakal diadakan semula?

Hari itu cakap Akademi Fantasia tidak lagi disambung selepas kali terakhir Akademi Fantasia musim 9 melabuhkan tirainya pada 2 tahun yang lalu. Tapi akhirnya ASTRO menyambung siri Akademi Fantasia yang bakal menemui peminat tegarnya pada September tahun ini.

Ingatkan parti politik je yang selalu tak menunaikan janji, tapi rupa-rupanya ASTRO pun sama-sama hampeh! Mungkin dengan mewujudkan kembali rancangan realiti ni, akan dapat menaikkan sekali rangking ASTRO yang sentiasa merudum ekoran siarannya memanjang je siarkan drama yang berulang-ulang. Macam dah tak ada idea nak buat rancangan realiti yang lain dari Akademi Fantasia yang masih menjadi kegilaan remaja yang mahu mencuba nasib sebagai ‘artis segera’.

Saya tak mahu mengulas dengan lebih lanjut tentang Akademi Fantasia kerana kau orang sendiri pun tahu rancangan ni macam mana kan? Oleh itu, kita tunggu apa pembaharuan yang dijanjikan oleh Astro menerusi ‘MENUJU PUNCAK’ ni…!