STPM 2013 : Tahniah kepada mereka yang berjaya

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada calon-calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia bagi tahun 2012. Seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 berbanding 46,705 (92.19 peratus) pada tahun sebelumnya. Oleh itu saya mengucapkan tahniah kepada calon STPM yang berjaya mendapat keputusan yang baik.

 

Bagi mereka yang gagal, sebenarnya STPM ini bukanlah penamat segala-galanya. Banyak lagi peluang ilmu yang boleh diperolehi selepas STPM ini, jika anda memperolehi cukup-cukup makan sahaja… apa katanya kalau anda terus mencuba memohon mana-mana IPTA dan IPTS.

Dengan syarat anda berani untuk mencuba dan tidak mempersia-siakan peluang yang ada di depan mata.

 

Dan bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang, peluang memang cukup terbuka untuk mencapai apa yang dihajatkan. Maksud saya ialah inilah masanya untuk kita meneruskan langkah yang seterusnya. Ke menara gading!!! Itulah yang menjadi dorongan kepada bekas-bekas calon STPM yang mendapat keputusan yang cemerlang. Dari STPM inilah anda boleh mencorakkan kerjaya anda seterusnya. Kalau anda rasa nak jadi jurutera, ambillah kursus engineering, jika anda rasa nak jadi doktor, ambillah bidang perubatan (dengan syarat anda dari aliran sains) dan jika anda rasa nak jadi penternak ayam yang berjaya, mungkin ada kursus yang bersesuaian dengan cita-cita anda, iaitu bidang pemasaran.

 

Di pendekkan cerita, peluang dah terbuka di depan mata. Teruskan cita-cita dan perjuangan anda di alam akademik ini. Anda masih muda!