Siri Mengintai Blog : Cloudboy93 yang simple

image

Agak lama saya tak menulis dan mengulas blog orang lain, seperti kebiasaannya saya memang gemar untuk membaca blog-blog baru yang lebih ‘segar’. Sekali sekala membaca buah tangan dari orang baru. Untuk tahun ini, blog yang saya pilih ialah Cloudboy93.  Kenapa dia memilih Cloudboy93? Saya jangka tuan punya blog ini adalah generasi ketiga, GEN-X le tu….

Alamat blognya =>   http://cloudboy93.blogspot.com

 

Sesuai dengan templatenya yang agak kelabu asap itu, memang tepatlah dia memilih Cloudboy93 sebagai nametag blog ini dan tagline pun agak biasa “Change My Way”. Kenapa tuan punya blog ini memilih Tagline “Change My Way”? Sebab  dia sahaja yang tahu. Dari segi loading, saya agak berpuas hati kerana walaupun Cloudboy meletakkan beberapa widget, tetapi load page blog dia masih dianggap laju bagi yang menggunakan broadband selaju 512kbps.

 

Blog Cloudboy ni nampaknya lebih suka menulis artikel berkaitan pengetahuan umum daripada menulis yang personal. Saya ada cuba mencari kalau-kalau terjumpa penulisan yang personal tetapi nampak gayanya memang tak ada.

image

Saya agak rimas bila bab ni.. Apabila saya mahu membaca artikel yang lain (dengan mengklik pada artikel di LinkWithin), maka keluarlah widget Fesbook ni.. (Become Fan). Tapi nasib baik ia tidak muncul secara kerap. Banyak informasi yang dikongsi oleh tuan tanah blog ini yang kita boleh baca di sini dan agak senang untuk dicari kerana ada label yang diletakkan di bahagian bawah banner ChangeMyWay tadi.

Senangkan nak cari?

image

Jadi saya berharap sangatlah yang blog Cloudboy93 akan kekal menulis penulisan yang berbentuk fakta ni…Cuma biarlah faktanya tepat dan sahih. Dan hari ini saya menjadi follower blog ini secara rasminya. Follower yang ke 140.