Ulasan selepas menonton filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

 

Selepas kami dikecewakan di AEON Bukit Indah, kami pun menuju ke AEON Tebrau City untuk menonton filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit arahan Mamat Khalid. Seperti yang dijangka, tiket untuk filem ini laris di musim perayaan. Kami hanya dapat tiket untuk tayangan jam 7:30 malam.

 

Apabila menonton filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ini, jangkaan saya bahawa filem ini sambungan daripada filem terdahulu, (Hantu Kak Limah Balik Rumah) adalah salah sama sekali kerana untuk filem ini, ceritanya lain dan tidak melibatkan banyak watak Kak Limah itu sendiri (walaupun title filem ini diletakkan ‘Hantu Kak Limah 2’)

Watak Kak Limah (Delimawati) pada filem ini lebih kepada seorang perempuan yang kembali normal. Manakala Husin (Awie) kembali ke kampung tetapi sudah tidak lagi menjadi supervisor kerana bangkrap. Orang kampung Pisang pun tidak memandangnya sangat seperti sebelum ini. Maimon ( Ezlynn) jika kita ingat dalam filem Zombie Kampung Pisang ialah seorang wanita yang rapat dengan Husin dalam filem tersebut, tetapi untuk kali ini, Mon yang ada dalam filem ini adalah hantu yang cuba membawa Husin ke alam lain. Cerita filem ini juga dikembangkan dengan watak Dr Shamsudin (Rashidi Ishak) yang cuba menyelesaikan masalah kehilangan Husin, tetapi Dr Shamsudin mempunyai muslihat yang lain, dia mahukan nyawa Husin untuk persembahan. Dr Shamsudin berjaya mempengaruhi orang-orang di Kampung Pisang dengan tipu muslihatnya yang kononnya berjaya membunuh hantu, tetapi sebenarnya dia mahu membunuh seorang teruna setiap 45 tahun.

 

Nak cerita lebih-lebih tak best pulak. Lagi bagus anda tonton sendiri filem ini. Ketika tayangan, satu panggung bergelak sakan melihat telatah Pak Abu (Allahyarham Zami Ismail), Pak Jabit(Man Kader), Yan Sekupang, dan tak lupa ialah Usop Wilcha (Shy8).

 

Di akhir filem ini, anda kana tahu siapa sebenarnya Mon dan Dr Shamsudin itu… Filem ini memang menghiburkan dan lain dari siri yang sebelumnya. Dan MR jangka Kampung Pisang akan ada sambungannya, selepas ‘Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit’.