Nasib si penjaja kecil-kecilan

IMG_1229

Pernah pada suatu hari, MR bertanya kepada seorang penjaja kecil-kecilan, yang menjual ayam panggang (MR panggil kat sini ayam golek), walaupun pihak berkuasa tempatan telah pun meletakkan papan notis yang tidak membenarkan sebarang perniagaan dijalankan di kawasan tersebut, tetapi kenapa dia berniaga juga di tepi jalan ni?

“ Pihak Majlis tak mau bagi lesen berniaga, lagi pun tapak lelong pun buat masa ni tak ada… , jadi saya buat macam ni le…, nak cari makan bang?” kata penjaja tadi.

 

“Kalau pihak Majlis buat ambush macam mana?”

“Biasanya kami tahu bila pihak Majlis akan ambush kami. So kitaorang tak berniaga le hari tu…”

 

“Eh, macam tu ke?”, tanya MR semula kepada penjaja itu.

“Kami ada orang yang boleh bagi info, bila dia orang nak ambush, kita pun takkan berniaga.

Cuba adik bayangkan, terlalu banyak alasan dari pihak Majlis bila nak bagi lesen berniaga. Paling kerap dia cakap tempat dan tapak tak sesuai. Bila mintak pasar malam, dia orang cakap dah PENUH.”, kata penjaja itu tadi di akhir perbualan kami.

 

Hmm… Minta lesen berniaga tak bagi, so bila ada maklumat nak ambush, so tak berniaga.. MR rasa dalam hal ini pihak Majlis kena cari, siapa dalang disebalik penyebaran maklumat kepada penjaja-penjaja yang tidak berlesen supaya bila nak buat serbuan je…jangan buat bisnes. Pihak Majlis juga perlu telus dalam hal ini dalam pemberian lesen perniagaan kepada penjaja-penjaja kecil yang mahu membuka perniagaan kecil-kecilan ini. Jangan le asyik bagi kat kroni je… so yang lain melopong tengok kroni-kroni Majlis buat bisnes tepi jalan, orang yang memerlukan lesen pula terpaksa bisnes dengan tidak berlesen.

 

Kadang-kadang tu MR pun sedih juga dengar cerita, banyak gerai-gerai yang tiada lesen ini akan diroboh dan barang-barang perniagaannya dirampas oleh pihak Majlis. Tidak cukup dengan itu, tindakan Mahkamah juga dikenakan pada penjaja-penjaja tadi. Macam MR katakan tadi, kalau nak bagi lesen itu biarlah telus. MR tak suka baca berita di suratkhabar yang tajuknya ‘Rumah pegawai Majlis Pembandaran dibaling bom petrol’. Renung-renungkanlah cerita ini.