Jalan-jalan ke Tanjung Piai

image


Selepas melawat Muzium Bugis, pada hari yang sama, saya dan isteri sempat singgah di Taman Negara Tanjung Piai, yang terletak lebih kurang 10km dari Pontian Kechil jika saya tidak tersilap kira. Sebenarnya memang niat di hati nak ke sini tu dah lama …. cuma pada hari tersebut saya berkesempatan untuk ke Tanjung Piai.
image
Kalau nak kata Taman Negara Tanjung Piai ni ada haiwan buas, sebenarnya anda silap. Tiada haiwan macam harimau atau buaya yang dilihat di taman negara ini. Yang ada hanyalah monyet, itu pun dalam beberapa ekor sahaja yang kelihatan. Taman Negara Tanjung Piai ini diisytiharkan sebagai kawasan hutan bakau yang dilindungi atau pun tapak RAMSAR.
IMG_1347IMG_1350
Kehijauan pokok hutan di sini mendamaikan hati, manakala pokok yan baru nak tumbuh biasanya ada dilabelkan oleh Taman Negara

IMG_1353
IMG_1355
Gambar di atas ialah titian yang anda perlu tempuh untuk menuju ke penghujung benua asia. Gambar yang seterusnya ialah signboard, berapa jauh yang anda perlu melaluinya.

Dari pintu masuk, untuk menuju ke penghujung benua selatan, anda perlu berjalan ke sana dalam kurang dari 600 meter kalau tak silap saya. Memang jauh. Perjalanan ke sana anda hanya perlu berjalan sahaja sambil menikmati suasana kehijauan pohon-pohon kayu bakau dan suasana di laut yang penuh dengan kapal-kapal perdagangan yang sedang menuju ke Singapura atau pun Tanjung Pelepas di Gelang Patah, Johor. Berjalan di sana anda tak perlu risaulah, pasal sepanjang perjalanannya kita berjalan di atas titian yang telah dibina sejak sekian lama, tetapi hati-hati jika ada monyet di sekitar titian. Apa yang anda perlu lakukan jika terjumpa dengan monyet? Jawapannya ialah buat bodoh je….
IMG_1360
Saya sempat memanjat di Menara Pemerhati 2. Memang tinggi tempat ini.
Dalam perjalanan, anda akan terperasan beberapa papan tanda yang memberi amaran supaya berhati-hati dengan haiwan sekitar dan tidak lupa, ‘Hanya monyet yang boleh membuang sampah merata-rata’!

IMG_1365IMG_1380
Sampah tetap ada di sekitar taman negara ini, adakah ianya dibuang oleh monyet ke… atau yang sama seangkatan dengannya?

Sampai tempat yang dikatakan penghujung dunia tu… anda akan melihat ‘Globe’ yang ada di sini.
IMG_1391IMG_1398
Selepas berada di penghujung benua selatan, saya pun berpatah balik untuk menuju ke salah satu tempat yang kerap dikunjungi orang, tapi saya lupa le  nama tempat ini. Nak berjalan pun memang jauh, lebih kurang 400 meter untuk menuju ke sana. Memang memenatkan kerana anda perlu berpatah balik semata-mata untuk ke jeti ini.

IMG_1361IMG_1371
Jangan memanda-mandai jalan berseorangan ketika di sini. Di sebelahnya pula ialah kelihatan beberapa kapal dagangan yang menuju ke pelabuhan.

IMG_1423
Jalan menuju ke jeti, walaupun lurus, tetapi memenatkan juga.


IMG_1428IMG_1430

Sebenarnya, jeti ini tak ada apa yang special pun, sampai di sana anda confirm penat, kena duduk kat sini lama sebelum berpatah balik. Di sini angin dan udaranya sejuk, sedap rasanya…! Di sini juga ada petunjuk arah mana nak ke bandar-bandar utama seluruh dunia.
IMG_1433
Kami sekeluarga menamatkan lawatan kami di Tanjung Piai ini pada pukul 6:30pm, selepas 2 jam terduduk kat jeti kerana kepenatan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang masih belum sampai di Tanjung Piai ini, saya memang recommend anda untuk datang ke Taman Negara ini. Sambil berjalan, kita juga akan ada sedikit exercise, dapat keluar peluh sedikit dengan berjalan di sini. Yang penting ingat tagline ini. ‘Hanya Monyet yang boleh membuang sampah merata-rata’!