Jalan berlubang-lubang…. Salah siapa agaknya…?

Untuk pengetahuan semua, di Johor ini, terutamanya sekitar Johor Bahru, hujan telah turun tetapi tidak menentu turunnya sejak 2 dan 3 hari yang lalu. Maka pemandangan di atas menjadi pemandangan yang ‘biasa’ dilihat apabila hujan turun . Fenomena ‘jalan berlubang’ seolah-olah menjadi lumrah, bukan sahaja di tempat MR tinggal, tetapi juga di mana-mana sahaja. MR rasa tempat anda pun sama.

 

Jalan berlubang semakin hari semakin mendalam bila hujan turun tak berhenti-henti (salah hujan ke?) dan apabila kenderaan banyak di atas jalan ketika waktu puncak ( biasanya pada sebelah petang, masa ramai orang pulang dari bekerja ) maka makin dalamlah lubang itu. Yang memburukkan keadaan jika banyak kenderaan berat yang melalui jalan ini.

 

Masalahnya ialah jalan yang biasanya MR lalui ini kerap mengalami jalan berlubang-lubang (jalan yang menghubungkan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dan Taman Kota Masai) dan kerap ‘ditampal’ oleh pihak berkenaan. Tetapi jika berlakunya hujan lebat, dalam beberapa hari lubang itu akan berlopak semula…

Maka dalam bab ini nak salahkan siapa… Hujan? Tak boleh sebab itu adalah fenomena alam yang biasa. Nak salahkan lori yang lalu masa hujan? MR memang nak salahkan lori sahaja… Tetapi jika MR fikirkan balik, kenapa lepas penampalan lubang tadi, jalan akan tetap berlubang semula?

 

Kita tanya pihak JKR… Kenapa jalan raya di Malaysia ini kerap sangat berlubang selepas hujan?

 

i.) Bahan membuat jalan di Malaysia kosnya murah.. Pakai bitumen biasa je…

ii.) Tak de peruntukan nak dapatkan bahan yang lebih mahal dan berkualiti untuk penyelenggaraan jalan dan penampalan lubang.. Peruntukan pergi ke tempat yang lebih ‘penting’.

iii.) Pertambahan lori dan bas yang melalui jalan utama… (salahkan lori lagi…?)

iv.) Apa susah, lubang keluar.. tampal aje ala kadar…

v.) Kontraktor yang tampal.. JKR suruh tampal pakai Bitumen gred A, tapi dia menipu guna gred D.

 

MR dapat rasakan JKR yang bermasalah. Maka alasan yang nombor I dan V adalah kena dengan sikap JKR yang memantau keadaan jalan berlubang-lubang ini. Dah bagi kat kontraktor suruh tampal jalan, tapi kenapa tak check batu apa yang dipakai masa menampal jalan?

 

Kalau setakat letak pasir…. lepas tu ditampal dengan bitumen, memang confirm le kena hujan, berlubang le balik…. Ada juga kontraktor tampal jalan pakai simen lantai… Ada ke patut? Terang-terang kontraktor ini mengurangkan kos, tetapi pengguna jalan raya yang menanggung akibatnya… Alahaaiiiiiii….!