Bumi kita semakin tua… semakin tandus nampaknya…

IMG_1453

“Aku sungguh kecewa dengan nasib hutan di Malaysia ni. Patutlah kalau aku balik Kedah je.. cuacanya panas semacam,” kata rakan baik aku ni, namanya Sani, berasal dari Kedah. Tapi dah duduk Johor ni dah lama.

 

“Apa masalah hutan kena tebang dengan cuaca panas Sani?”, tanya salah seorang rakan aku, namanya John yang berasal dari Sabah, bekerja sebagai welder dekat MMHE.

 

“Sebelum kejadian hutan ditebang berleluasa, kononnya untuk projek pertanian… bila aku balik kampung biasanya sejuk je…. damai rasanya mendengar kicauan burung-burung dan keindahan hutan.”

“Tapi setelah 7 tahun aku tak balik, bila aku tengok hutan digondol sesuka hati, aku memang sedih. Lagi aku bengang bila sampai kat rumah mak aku, panasnya lain macam le bila masuk tengahari.”, Sani bercerita lagi tentang suasana kampungnya yang panas.

“Tiada lagi kicauan burung, tiada lagi kehijauan… yang ada hanyalah lori. jengkaut dan manusia tak berhati perut, hanya mementingkan wang tanpa memikirkan ekosistem bumi”, Sani berkata-kata lagi.

 

“Wei kau bila bercakap mengalahkan orang jiwang seehhhh….”, John mengejek.

“Aku cakap betul ni… kalau kerajaan Kedah masih sibuk nak gondolkan hutan, apa lagi yang tinggal kat sana?, kau tunggu le berita tanah runtuh kat Kedah, confirm ada punya…",cakap Sani. MR yang ada di sebelah mereka hanya mendengar sahaja.

 

Tapikan, MR di sini bukannya nak ambil tahu sangat tentang perbalahan politik di Kedah tu, sebab sampai bila pun takkan settle. Cuma apa yang mengecewakan ialah apabila kerajaan negeri membenarkan penggondolan dan menggondolkan hutan simpan di sana. Nampaknya bumi kita semakin tua, semakin tak ada hutan yang boleh disimpan lagi… terutamanya di Kedah, dan mungkin juga ada aktiviti pemusnahan hutan sedang berlangsung di negeri-negeri yang lain.

 

Cuba anda bayangkan jika hutan ini terus digondol, maka apa akan terjadi di kawasan sekitar?

i.) Tanah runtuh – Ini dah tak boleh dielakkan lagi kerana pohon hutan yang menyerap banyak air semakin berkurang.

 

ii.) Cuaca panas melampau – pelepasan gas karbon dioksida banyak di udara pada siang hari kerana pokok yang menyerap gas ini dah tak ada.

 

iii.) Sumber tadahan air semakin kering…. – Tak lama lagi keluar pula berita air bersih kritikal di Kedah.

 

iv.) Hidupan liar semakin pupus, dan ada kemungkinan akan menyerang manusia, terutamanya di pinggir hutan. – Confirm monyet liar akan masuk ke dapur-dapur rumah di kampung-kampung berdekatan. Monyet pun banyak dah masuk bandar.

 

Kepada mereka yang mentadbir, sudah-sudah le tu… dunia kita  ni pun bukannya makin panjang umurnya. Cubalah belajar menyayangi bumi ini.