Bugis itu lanun…? Aku tak setuju!

 

image

MR teringat pada zaman MR bersekolah, masa form 1 pada suatu ketika di dalam sebuah kelas.

“Man, kau ni keturunan apa arr”, tanya salah seorang rakan sekelas…

“Aku keturunan Bugis”, jawab MR…

 

Selepas itu, kawan sekelas saya tadi terus mengejek MR… “ Woo Man Bugis… Panggil dia Man Bugiss… Yee haa……” terus melekat nama Man Bugis di sekolah. Panggil Man Bugis tak apa le lagi… Tapi ketika belajar subjek sejarah, cikgu di kelas sedang memperkatakan tentang kedatangan Bugis ke negeri Johor sebagai pelayar dan berniaga. Tetapi terdengar sebuah statement yang sampai sekarang masih boleh didengar di mana-mana pun…! BUGIS ITU LANUN.

“Kiranya Bugis ni keturunan lanun ye cikgu?” salah satu soalan yang ditanya oleh salah seorang rakan yang lain… Cikgu tu pula boleh jawab “Ya!”…

Akhirnya bukan sahaja digelar Man Bugis, tetapi turut diejek… Yeee Rizman lanun.. Yee.. keturunan lanun…!!! Patut orang bugis macam lanun! Dan kadang-kadang bukan MR sahaja, sesiapa yang bugis confirm kena kutuk “lanun, lanun, Bugis garang!” Bila MR kenang cerita lama ni, MR tersenyum sendiri. Lantak kau orang le nak cakap apa… Aku bangga dengan keturunan aku… Bugis!

 

Cuba baca buku sejarah tu balik, bagaimana Bugis boleh tiba di Tanah Melayu dan akhirnya mencampuri politik negeri Johor ketika itu? Salah siapa tu? Bugis juga ke? Dan akhirnya Bugis juga yang menguasai arena politik dan Kesultanan Negeri-Negeri Melayu. Cuba cek negeri mana yang Sultannya adalah keturunan Bugis? Dan berapa orang Perdana Menteri Malaysia yang berketurunan Bugis lanun tu…? Cuba jawab?

 

Tetapi satu lagi statement yang MR nak bagi tau, MR ni memang Bugis, tetapi satu patah haram perkataan Bugis MR tak tau langsung!

 

Cuma yang MR nak pesan pada guru yang mengajar subjek sejarah. Kalau ye pun benci kat Bugis, tak payah le nak ngajar anak murid cakap Bugis tu lanun… Apa le…?

 

Pada post yang akan datang, MR akan menulis tentang pengalaman MR melawat Muzium Bugis, di Pontian, Johor. Jika ada kelapangan!