Berkenalan dengan Personaliti : Cristina Suzanne, Low Profile punya talent

600full-cristina-suzanne-stockstill

Sebenarnya, MR terpikat dengan minah ni masa menonton drama Bicara Hati, drama berat lakonannya bersama Sharnazz Ahmad dan disiarkan di Astro Prima sekitar setahun yang lalu. MR terpikat dengan lakonannya yang natural.

 

Tapi Christine Suzanne ini agak low profile, tak ada dengar sangat cerita-cerita panas dan gossip yang sering dimain-mainkan oleh blog-blog hiburan, mau pun di media elektronik yang lain. Perempuan campuran Melayu + Jerman ini agak tak berapa nak naik… tetapi banyak juga drama lakonannya yang dah banyak keluar di TV, cuma bakatnya belum nampak di filem.

Wajah Christine Suzanne ni memang fotogenik.. Tengok macam dalam filem barat je…

 

downloadCristinaCristina-Suzanne-StockstillCristina Suzanne (4)

Christine sebelum ini pernah menyertai pertandingan Pilih Kasih musim 2 dengan menggunakan nama Kris Cemapaka, tetapi selepas tersingkir, dia menggunakan semula nama asalnya, sebab katanya lebih ada ‘soul’ daripada menggunakan nama glamour. Lahir pada tahun 1985 dan berdarah Jerman dari sebelah ayahnya, MR berasakan dia memang ada talent yang baik dalam bidang lakonan.. jika dia diberi peluang yang baik.

Drama terkini yang MR lihat dia ada berlakon ialah drama ‘Jiwang Karat’ yang disiarkan di TV1, lakonannya bersama dengan Shahrizal Jazle.

 

 

hi_01.2